Page 43 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 43

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Kepentingan dalam syarikat-syarikat bersekutu

                           Syarikat bersekutu adalah merupakan perbadanan, perkongsian atau entiti lain dimana
                           Kumpulan  mempunyai  pengaruh  ketara  tetapi  tiada  hak  untuk  mengawal,
                           kebiasaannya berserta dengan pegangan saham di antara 20% dan 50% dari hak-hak
                           mengundi.  Pengaruh  ketara  adalah  kuasa  untuk  membuat  keputusan  dalam  dasar
                           kewangan  dan  operasi  syarikat  bersekutu  tetapi  bukannya  kuasa  untuk  mengawal
                           polisi tersebut.

                           Pelaburan dalam syarikat bersekutu dikira mengikut kaedah perakaunan ekuiti dalam
                           penyata  kewangan  Kumpulan  dan  pada  awalnya  diiktiraf  pada  kos.  Pelaburan
                           Kumpulan  dalam  syarikat  bersekutu  mengandungi  muhibbah  dikenalpasti  atas
                           pengambilalihan, ditolak kerugian penurunan nilai terkumpul.

                           Perakaunan ekuiti akan diberhentikan bila Kumpulan tidak lagi mempunyai pengaruh
                           ketara ke atas entiti atau apabila syarikat bersekutu diklasifikasi sebagai aset dipegang
                           untuk dijual.

                           Bahagian  Kumpulan  dalam  keuntungan  atau  kerugian  selepas  pengambilalihan
                           syarikat bersekutu adalah diiktiraf dalam untung atau rugi dan bahagian pergerakan
                           rizab selepas pengambilalihan dalam rizab.

                           Pergerakan  terkumpul  selepas  pengambilalihan  diselaraskan  ke  atas  nilai  bawaan
                           pelaburan.  Apabila  bahagian  kerugian  Kumpulan  dalam  syarikat  bersekutu  adalah
                           sama  atau  melebihi  daripada  kepentingan  dalam  syarikat  bersekutu,  termasuk
                           sebarang amaun belum diterima yang tidak bercagar, Kumpulan tidak mengambilkira
                           bahagian kerugian yang seterusnya, hanya apabila wujud obligasi atau bayaran telah
                           dibuat bagi pihak syarikat bersekutunya.

                           Keuntungan  belum  direalisasi  atas  transaksi  di  antara  Kumpulan  dan  syarikat
                           bersekutunya  dihapuskan  sehingga  tahap  kepentingan  Kumpulan  dalam  syarikat
                           bersekutu. Kerugian belum direalisasi juga dihapuskan kecuali transaksi menunjukkan
                           bukti  penurunan  nilai  ke  atas  aset  yang  dipindahkan.  Dimana  perlu,  dalam
                           menggunakan  kaedah  ekuiti,  pindaan  dibuat  ke  atas  penyata  kewangan  syarikat
                           bersekutu bagi memastikan dasar perakaunan yang sama dengan Kumpulan.

                           Ketika  pelupusan  syarikat  bersekutu,  perbezaan  antara  hasil  pelupusan  bersih  dan
                           nilai bawaan adalah dicaj/kredit ke untung atau rugi.

                           Sekiranya kepentingan di dalam syarikat bersekutu  menurun tetapi pengaruh  ketara
                           masih  kekal,  hanya  bahagian  berkadar  yang  pernah  diiktiraf  di  dalam  lain-lain
                           pendapatan komprehensif yang akan disebut semula ke untung atau rugi.







                                                             37
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48