Page 44 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 44

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Aset bukan semasa (atau kumpulan aset) dipegang untuk dijual

                           Aset bukan semasa (atau kumpulan penjualan) dipegang untuk dijual dinyatakan pada
                           nilai lebih rendah antara nilai bawaan dan nilai saksama tolak kos jualan. Aset bukan
                           semasa (atau kumpulan penjualan) dikelaskan sebagai aset dipegang untuk dijual jika
                           nilai  bawaannya  akan  diperolehi  semula  terutamanya  melalui  urusniaga  jualan  dan
                           bukan melalui penggunaan berterusan.

                           Harta, loji dan peralatan

                           Harta, loji dan peralatan dinyatakan pada kos sejarah iaitu harga kos tolak susutnilai
                           terkumpul  dan  penjejasan  nilai,  sekiranya  ada.  Kos  termasuk  perbelanjaan  yang
                           terlibat secara langsung semasa pembelian harta, loji dan peralatan tersebut.

                           Kos selepas pembelian adalah termasuk dalam nilai pembawa aset atau diiktirafkan
                           sebagai  aset  yang  berasingan  mengikut  kesesuaian,  sekiranya  aset  tersebut
                           mempunyai  manfaat  ekonomi  masa  akan  datang  kepada  Kumpulan  dan  kos-kos
                           tersebut  dapat  diukur  secara  pasti.  Semua  perbelanjaan  baikpulih  dan
                           penyelenggaraan dicajkan ke penyata untung atau rugi dalam tahun kewangan dimana
                           penyelenggaraan terlibat.

                           Tanah  millik bebas  yang mempunyai tempoh penggunaan tidak terhad adalah  tidak
                           disusutnilai. Kerja dalam pembinaan tidak disusutnilai memandangkan aset ini belum
                           boleh  digunakan.    Kesemua  harta,  loji  dan  peralatan  yang  lain  disusutnilaikan
                           mengikut  kaedah garis  lurus  untuk  menghapuskira  kos  aset-aset  tersebut  sepanjang
                           anggaran  jangka  hayat  penggunaannya.  Anggaran  jangka  hayat  aset-aset  adalah
                           seperti berikut:

                           Harta, loji dan peralatan                       Anggaran jangka hayat (tahun)

                           Tanah dan bangunan                                       5 hingga 99
                           Loji dan mesin                                           5 hingga 30
                           Stesen minyak                                            2 hingga 10
                           Kenderaan bermotor                                       2 hingga 25
                           Peralatan pejabat, perabot dan kelengkapan               2 hingga 10
                           Peralatan pejabat, perabot dan kelengkapan
                             (bagi aktiviti perladangan)                                10
                           Alatan komputer                                           3 hingga 5
                           Pelbagai alatan                                              10
                           Peralatan hotel                                              10
                           Ubahsuai                                                     10
                           Jentera perladangan                                          14
                           Kilang minyak sawit                                          20
                           Rumah pekerja ladang                                         15
                           Papan tanda                                                  10


                                                             38
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49