Page 45 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 45

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Nilai sisa dan jangka hayat aset dikaji, dan dinyatakan semula jika perlu, pada setiap
                           tarikh akhir tempoh pelaporan.

                           Susutnilai  untuk  harta,  loji  dan  peralatan  terhenti  pada  awal  pengiktirafan  dan
                           diklasifikasi  sebagai aset-aset untuk dijual atau apabila aset telah dijual. Susutnilai
                           bagi aset dalam pembinaan akan bermula apabila aset tersebut sedia untuk digunakan
                           bagi tujuan asal pembinaan.

                           Item  hartanah  dan  peralatan  tidak  diiktiraf  semasa  pelupusan  atau  apabila  tiada
                           manfaat  ekonomi  masa  hadapan  dijangka  timbul  daripada  penggunaan  berterusan
                           aset. Sebarang untung atau rugi yang timbul daripada pelupusan ditentukan  sebagai
                           perbezaan di antara hasil jualan dan amaun dibawa aset dan diiktiraf dalam untung
                           atau rugi.

                           Bayaran pajakan tertangguh

                           Tanah pegangan pajak yang mempunyai jangka hayat ekonomi yang tidak terhad dan
                           hak milik yang dijangka tidak akan dipindah milik kepada Kumpulan menjelang akhir
                           tempoh pajakan dikelaskan sebagai pajakan operasi.

                           Pembayaran  terdahulu  bagi  hak  untuk  menggunakan  tanah  pegangan  pajak  bagi
                           tempoh  yang  telah  ditentukan  diambil  kira  sebagai  bayaran  pajakan  terdahulu  dan
                           dinyatakan pada kos tolak amaun dilunaskan. Bayaran pajakan tertangguh dilunaskan
                           mengikut  asas  garis  lurus  sepanjang  baki  tempoh  pajakan  diantara  15  hingga  88
                           tahun.

                           Tanah untuk pembangunan

                           Tanah  dipegang  untuk  pembangunan  hartanah  terdiri  daripada  tanah  di  mana  tiada
                           kerja pembangunan penting telah dijalankan atau di mana aktiviti pembangunan tidak
                           dijangka akan disiapkan dalam kitaran operasi biasa.

                           Kos yang berkaitan dengan pengambilalihan tanah termasuk harga belian tanah, yuran
                           profesional,  duti  setem,  komisen,  yuran  pertukaran  dan  levi  lain  yang  berkaitan.
                           Apabila  terdapat  tanda  kemerosotan,  nilai  bawaan  aset  tersebut  ditaksir  dan
                           diturunkan serta-merta kepada amaun boleh pulih.

                           Tanah dipegang untuk pembangunan hartanah dipindahkan kepada kos pembangunan
                           hartanah (di bawah aset semasa) apabila aktiviti pembangunan telah bermula dan di
                           mana aktiviti pembangunan dijangka akan disiapkan dalam kitaran operasi biasa.










                                                             39
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50