Page 42 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 42

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Pengaturan Bersama

                           Pengaturan  bersama  adalah  aturan  di  mana  wujud  persetujuan  kontrak  perkongsian
                           kawalan  antara  Kumpulan  dan  pihak-pihak  ketiga,  di  mana  keputusan  berkenaan
                           operasi perkongsian bersama tersebut memerlukan persetujuan bersama pihak-pihak
                           yang  mengawal  bersama.  Klasifikasi  pengaturan  bersama  sebagai  operasi  bersama
                           atau usahasama bergantung pada hak dan obligasi pihak terlibat. Usahasama adalah
                           perkongsian di mana pihak terlibat berhak ke atas aset bersih perkongsian tersebut.
                           Operasi bersama adalah perkongsian di mana pihak terlibat berhak ke atas aset dan
                           obligasi operasi tersebut.

                           Usahasama

                           Kepentingan Kumpulan di dalam usahasama diambilkira di dalam penyata kewangan
                           menggunakan perakaunan ekuiti dan diselaras dengan bahagian untung/rugi dan lain-
                           lain pendapatan komprehensif milik Kumpulan ditambah ke nilai bawaan pelaburan.
                           Bila bahagian  rugi milik Kumpulan  menyamai  atau melebihi kepentingan  di  dalam
                           usahasama  (termasuk  kepentingan  jangka  panjang  yang  merupakan  sebahagian
                           pelaburan bersih Kumpulan di dalam usahasama), Kumpulan tidak akan mengiktiraf
                           kerugian seterusnya kecuali terdapat obligasi dan bayaran dibuat bagi pihak terlibat.
                           Untung tidak direalisasi atas transaksi Kumpulan dan usahasama dihapuskan setakat
                           kepentingan  Kumpulan  di  dalam  usahasama  kerugian  tidak  direalisasi  juga  akan
                           dihapuskan kecuali transaksi tersebut menunjukkan bukti rosot nilai aset tersebut.

                           Operasi Bersama

                           Berkenaan kepentingan Kumpulan di dalam Operasi Bersama, Kumpulan mengiktiraf
                           aset-aset  (termasuk  bahagian  aset  bersama  milik  Kumpulan),  perolehan  dari  jualan
                           hasil operasi bersama (termasuk bahagian Kumpulan hasil dari jualan operasi bersama
                           milik Kumpulan) dan perbelanjaan (termasuk bahagian perbelanjaan bersama).

                           Di mana perlu,  pemakaian  perakaunan  ekuiti  akan memerlukan pelarasan  dibuat  di
                           dalam  penyata  kewangan  Pengaturan  Bersama  bagi  menyeragamkan  dasar
                           perakaunan Kumpulan.

                           Di dalam penyata kewangan Kumpulan, kepentingan di dalam perkongsian bersama
                           dinyatakan pada kos. Bila terdapat tanda-tanda penjejasan, nilai bawaan akan dinilai
                           semula dan diturunkan ke nilai yang boleh diperolehi.

                           Pada  penjualan  pengaturan  bersama,  perbezaan  antara  terimaan  bersih  dan  nilai
                           bawaan akan ditolak/kredit ke untung atau rugi.








                                                             36
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47