Page 38 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 38

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Anak-anak syarikat dan asas penyatuan

                           Penyata  kewangan  disatukan  merangkumi  penyata  kewangan  KPF  dan  entiti
                           (termasuk  entiti  berstruktur)  yang  dikawal  oleh  KPF  dan  anak-anak  syarikatnya.
                           Kawalan  dicapai  apabila  KPF  mempunyai  kuasa  ke  atas  penerima  pelaburan,
                           terdedah,  atau  mempunyai  hak,  kepada  pulangan  berubah  daripada  penglibatannya
                           dengan  penerima  pelaburan,  dan  mempunyai  kebolehan  untuk  menggunakan
                           kuasanya bagi mempengaruhi pulangannya.

                           KPF  mentaksir  semula  sama  ada  ia  menguasai  penerima  pelaburan  jika  fakta  dan
                           keadaan menunjukkan terdapat perubahan kepada satu atau lebih daripada tiga elemen
                           kawalan yang dinyatakan di atas.

                           Apabila  KPF  mempunyai  kurang  daripada  hak  mengundi  majoriti  atas  penerima
                           pelaburan, ia mempunyai kuasa atas penerima pelaburan apabila hak mengundi adalah
                           mencukupi  untuk  memberikannya  kebolehan  secara  praktikal  untuk  mengarahkan
                           aktiviti  yang  berkaitan  dengan  penerima  pelaburan  secara  unilateral.  KPF  perlu
                           menimbang semua fakta dan keadaan yang berkaitan dalam mentaksir sama ada hak
                           mengundi KPF sebagai penerima pelaburan adalah mencukupi untuk memberikannya
                           kuasa, termasuk:

                                saiz pegangan KPF atas hak mengundi berbanding saiz dan sebaran pegangan
                                 pemegang undi yang lain;

                                potensi hak mengundi yang dipegang oleh KPF, pemegang undi yang lain atau
                                 pihak lain;

                                hak yang timbul daripada pengaturan kontrak yang lain; dan

                                sebarang  fakta  dan  keadaan  tambahan  yang  menunjukkan  KPF  mempunyai,
                                 atau  tidak  mempunyai,  kebolehan  pada  waktu  semasa  untuk  mengarahkan
                                 aktiviti  yang  berkaitan  pada  masa  keputusan  perlu  dibuat,  termasuk  corak
                                 undian pada mesyuarat pemegang saham yang lepas.

                           Penyatuan  anak  syarikat  bermula  apabila  KPF  memperoleh  kawalan  atas  anak
                           syarikat  dan  berhenti  apabila  KPF  kehilangan  kawalan  atas  anak  syarikat.  Secara
                           khusus,  pendapatan  dan  perbelanjaan  anak  syarikat  yang  diperoleh  atau dilupuskan
                           pada  tahun  semasa  adalah  dimasukkan  di  dalam  untung  atau  rugi  dan  pendapatan
                           komprehensif lain dari tarikh KPF memperoleh kawalan sehingga tarikh apabila KPF
                           tidak lagi mempunyai kawalan atas anak syarikat.

                           Untung  atau  rugi  dan  setiap  komponen  pendapatan  komprehensif  lain  adalah
                           dinisbahkan  kepada  pemilik  KPF  dan  kepada  kepentingan  tiada  kawalan.  Jumlah
                           pendapatan  komprehensif  anak-anak  syarikat  adalah  dinisbahkan  kepada  KPF  dan
                           kepada  kepentingan  tiada  kawalan  walaupun  jika  ianya  menyebabkan  kepentingan
                           tiada kawalan mempunyai baki defisit.

                                                             32
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43