Page 34 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 34

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan oleh
                     Akta Koperasi 1993)


                    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN


                    1.     MAKLUMAT AM

                           Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan penyimpanan wang oleh anggota-
                           anggota, mengadakan kemudahan-kemudahan pelaburan bagi wang-wang yang disimpan
                           dan  meninggikan  taraf  ekonomi  anggota-anggota  hasil  daripada  kegiatan  simpanan  dan
                           pelaburan wang, dan menawarkan kemudahan pembiayaan patuh syariah untuk anggota-
                           anggota. Koperasi juga terlibat dengan aktiviti perladangan kelapa sawit.

                           Kegiatan utama syarikat-syarikat subsidiari adalah seperti yang dinyatakan di Nota 10.

                           Pejabat  berdaftar  perniagaan  KPF  terletak  di  Tingkat  8,  Balai  Felda,  Jalan  Gurney  1,
                           54000 Kuala Lumpur, Malaysia.

                           Pejabat  utama  perniagaan  KPF  terletak  di  Tingkat  Bawah  dan  Tingkat  8,  Balai  Felda,
                           Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.

                           Penyata  kewangan  Kumpulan  dan  KPF  telah  diluluskan  oleh  Anggota  Lembaga  untuk
                           diterbit pada 28 Mei 2019.


                    2.     ASAS PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

                           Penyata  kewangan  Kumpulan  dan  KPF  telah  disediakan  mengikut  Piawaian  Pelaporan
                           Kewangan  Malaysia  (”MFRS”)  dan  Piawaian  Pelaporan  Kewangan  Antarabangsa
                           (”IFRS”)  yang  diubahsuai  menurut  Garis  Panduan  Penyeragaman  Bentuk  Penyata
                           Kewangan  yang  dikeluarkan  oleh  Suruhanjaya  Koperasi  Malaysia  dibawah  Akta
                           Koperasi, 1993 di Malaysia.

                           Penyata-penyata  kewangan  bagi  syarikat-syarikat  subsidiari  telah  disediakan  menurut
                           MFRS, IFRS dan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 2016 di Malaysia.






















                                                               28
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39