Page 39 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 39

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Apabila perlu, pelarasan dibuat kepada penyata kewangan anak-anak syarikat untuk
                           menyamakan dasar perakaunan mereka selaras dengan polisi perakaunan Kumpulan.

                           Semua urusniaga aset dan liabiliti, ekuiti, pendapatan, perbelanjaan dan penyata aliran
                           tunai antara Kumpulan dihapuskan sepenuhnya semasa penyatuan.

                           Perubahan dalam kepentingan pemilikan Kumpulan dalam anak syarikat yang tidak
                           mengakibatkan Kumpulan kehilangan kawalan diambilkira sebagai urus niaga ekuiti.
                           Amaun  dibawa  bagi  kepentingan  Kumpulan  dan  kepentingan  tiada  kawalan
                           dilaraskan  untuk  mencerminkan  perubahan  dalam  kepentingan  relatif  dalam  anak
                           syarikat.  Sebarang  perbezaan  antara  amaun  yang  mana  kepentingan  tiada  kawalan
                           dilaraskan dan nilai saksama pertimbangan yang dibayar atau diterima diiktiraf secara
                           langsung dalam ekuiti yang dikaitkan kepada pemilikan KPF.

                           Apabila Kumpulan kehilangan kawalan atas anak syarikat, keuntungan atau kerugian
                           diiktiraf dalam untung atau rugi dan dikira sebagai perbezaan antara (i) agregat nilai
                           saksama  pertimbangan  yang  diterima  dan  nilai  saksama  sebarang  kepentingan
                           tertahan  dan  (ii)  amaun  dibawa  aset  sebelumnya  (termasuk  muhibah),  dan  liabiliti
                           anak  syarikat  dan  apa-apa  kepentingan  tiada  kawalan.  Amaun  yang  sebelumnya
                           diiktiraf  sebagai  pendapatan  komprehensif  lain  dan  diambilkira  seolah-olah
                           Kumpulan  telah  melupuskan  aset.  Nilai  saksama  bagi  apa-apa  pelaburan  yang
                           disimpan oleh anak syarikat terdahulu pada tarikh apabila kawalan hilang dianggap
                           sebagai  nilai  saksama  pada  pengiktirafan  permulaan  bagi  perakaunan berikutnya  di
                           bawah MFRS 139 dimana berkenaan, kos pada pengiktirafan awal pelaburan dalam
                           entiti bersekutu atau usaha sama.

                           Kombinasi Perniagaan

                           Permerolehan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat perniagaan diambilkira dengan
                           menggunakan  kaedah  perolehan.  Pertimbangan  yang  dipindahkan  dalam  kombinasi
                           perniagaan  diukur  pada  nilai  saksama  yang  dikira  sebagai  jumlah  daripada  tarikh
                           pemerolehan  nilai  saksama  aset  yang  dipindahkan  oleh  Kumpulan,  liabiliti  yang
                           ditanggung oleh Kumpulan kepada pemilik terdahulu yang diperoleh dan instrumen
                           ekuiti  yang  diterbitkan  oleh  Kumpulan  dalam  pertukaran  untuk  kawalan  yang
                           diperolehi.  Kos  berkaitan  perolehan  diiktiraf  dalam  untung  atau  rugi  apabila
                           ditanggung.

                           Pada  tarikh  perolehan,  aset  boleh  dikenal  pasti  yang  diperoleh  dan  liabiliti  yang
                           diambil alih diiktiraf pada nilai saksama, kecuali:

                           • aset  atau  liabiliti  cukai  tertunda  dan  aset  atau  liabiliti  yang  berkaitan  dengan
                            pengaturan  manfaat  pekerja  di  mana  masing-masing  adalah  diukur  dan  diiktiraf
                            berdasarkan MFRS 112 Cukai Pendapatan dan MFRS 119 Manfaat Pekerja;






                                                             33
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44