Page 41 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 41

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Perakaunan yang berikutnya untuk perubahan dalam nilai saksama pertimbangan luar
                           jangka  yang  tidak  layak  sebagai  pelarasan  tempoh  pengukuran  bergantung  kepada
                           bagaimana  pertimbangan  luar  jangka  dikelaskan.  Pertimbangan  luar  jangka  yang
                           dikelaskan sebagai ekuiti tidak diukur semula pada tarikh pelaporan berikutnya dan
                           penyelesaian  berikutnya adalah diambilkira  dalam  ekuiti. Pertimbangan  luar jangka
                           yang  dikelaskan  sebagai  aset  atau  liabiliti  diukur  semula  pada  tarikh  pelaporan
                           berikutnya  berdasarkan  MFRS  139  Instrumen  Kewangan:  Pengiktirafan  dan
                           Pengukuran  atau  MFRS  137  Peruntukan,  Liabiliti  Luar  Jangka  dan  Aset  Luar
                           Jangka, sebagaimana yang sesuai, dengan laba atau kerugian sepadan yang diiktiraf
                           dalam untung atau rugi.

                           Di mana kombinasi perniagaan dicapai secara berperingkat, kepentingan ekuiti yang
                           diperoleh yang sebelumnya dipegang oleh Kumpulan akan diukur semula pada nilai
                           saksama  pada  tarikh  perolehan  tersebut  (iaitu  tarikh  apabila  Kumpulan  mendapat
                           kawalan) dan laba atau kerugian yang terhasil, jika ada, diiktiraf dalam untung atau
                           rugi.  Amaun  yang  timbul  daripada  kepentingan  yang  diperoleh  sebelum  tarikh
                           perolehan  dimana  sebelum  ini  telah  diiktiraf  dalam  pendapatan  komprehensif  lain
                           dikelaskan kepada untung atau rugi, di mana pengolahan itu akan menjadi sesuai jika
                           kepentingan itu telah dilupuskan.

                           Jika  perakaunan  awal  bagi  kombinasi  perniagaan  adalah  tidak  lengkap  menjelang
                           akhir tempoh pelaporan di mana kombinasi itu berlaku, Kumpulan melaporkan amaun
                           sementara  bagi  item  yang  perakaunan  adalah  tidak  lengkap.  Amaun  sementara
                           diselaraskan  semasa  tempoh  pengukuran  (seperti  di  atas),  atau  aset  atau  liabiliti
                           tambahan diiktiraf, untuk mencerminkan maklumat baru yang diperolehi tentang fakta
                           dan  keadaan  yang  wujud  pada  tarikh  perolehan  itu  bahawa,  jika  diketahui,  akan
                           mempengaruhi amaun yang diiktiraf pada tarikh tersebut.

                           Kepentingan tiada kawalan

                           Kumpulan  mengambilkira  urusniaga  dengan  kepentingan  tiada  kawalan  yang  tidak
                           mengakibatkan  kehilangan  kawalan  sebagai  urusniaga  dengan  pemilik  ekuiti
                           Kumpulan.  Perubahan  pemilikan  mengakibatkan  pelarasan  antara  nilai  bawaan
                           kepentingan  kawalan  dan  tiada  kawalan  bagi  menggambarkan  kepentingan  relatif
                           mereka  dalam  subsidiari.  Sebarang  perbezaan  di  antara  jumlah  pelarasan  kepada
                           kepentingan  tiada  kawalan  dan  sebarang  pertimbangan  yang  dibayar  atau  diterima
                           diiktiraf dalam rizab berasingan dilaraskan dalam ekuiti yang boleh diagihkan kepada
                           pemilik Kumpulan.













                                                             35
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46