Page 40 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 40

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           • liabiliti  atau  instrumen  ekuiti  yang  berkaitan  dengan  pengaturan  pembayaran
                            berasaskan  saham  yang  diperoleh  atau  pengaturan  pembayaran  berasaskan  saham
                            Kumpulan telah dimeterai untuk menggantikan pengaturan pembayaran berasaskan
                            saham  yang diperoleh diukur mengikut  MFRS 2  Pembayaran Berasaskan Saham
                            pada tarikh perolehan;

                           • aset  (atau  pelupusan  kumpulan)  yang  dikelaskan  sebagai  dipegang-untuk-jualan
                            mengikut  MFRS  5  Aset  Bukan  Semasa  Dipegang  untuk  Jualan  dan  Kendalian
                            Dihentikan diukur mengikut piawaian tersebut.

                           Muhibah  adalah  diukur  sebagai  lebihan  jumlah  pertimbangan  yang  dipindahkan,
                           sebarang  amaun  kepentingan  tak  mengawal  yang  diperoleh,  dan  nilai  saksama
                           kepentingan  ekuiti  pemeroleh  yang  sebelum  ini  yang  diperoleh  (jika  ada)  ke  atas
                           amaun bersih pada tarikh perolehan aset boleh kenal pasti diperoleh dan liabiliti yang
                           diambil alih.  Jika,  selepas  pentaksiran  semula,  amaun  bersih  pada  tarikh  perolehan
                           aset  boleh  kenal  pasti  diperolehi  dan  liabiliti  yang  diambil  alih  melebihi  jumlah
                           pertimbangan  yang  dipindahkan,  sebarang  amaun  kepentingan  tiada  kawalan  yang
                           diperoleh  dan  nilai  saksama  ekuiti  pemeroleh  yang  sebelum  ini  mempunyai
                           kepentingan dalam syarikat yang diperolehi (jika ada), lebihan tersebut diiktiraf serta-
                           merta dalam untung atau rugi sebagai laba atas tawaran pembelian.

                           Kepentingan  tiada  kawalan  adalah  kepentingan  pemilikan  kini  dan  melayakkan
                           pemegangnya  untuk  perkongsian  berkadar  aset  bersih  entiti  sekiranya  berlaku
                           pembubaran yang mungkin pada awalnya diukur sama ada pada nilai saksama atau
                           pada  perkongsian  berkadar  kepentingan  tiada  kawalan  daripada  amaun  diiktiraf
                           daripada aset boleh kenal pasti bersih yang diperoleh. Asas pilihan pengukuran dibuat
                           berdasarkan  asas  urus  niaga-demi-urus  niaga.  Lain-lain  jenis  kepentingan  tak
                           mengawal  diukur pada nilai saksama atau, apabila boleh digunakan, atas asas  yang
                           dinyatakan dalam MFRS lain.

                           Di  mana  pertimbangan  yang  dipindahkan  oleh  Kumpulan  dalam  kombinasi
                           perniagaan  termasuk  aset  atau  liabiliti  yang  terhasil  daripada  pengaturan
                           pertimbangan  luar  jangka,  pertimbangan  luar  jangka  tersebut  diukur  pada  nilai
                           saksama  pada  tarikh  perolehan.  Perubahan  nilai saksama  pertimbangan  luar  jangka
                           yang  layak  sebagai  pelarasan  tempoh  pengukuran  diselaraskan  secara  retrospektif,
                           dengan  pelarasan  yang  sepadan  terhadap  muhibah.  Pelarasan  tempoh  pengukuran
                           adalah  pelarasan  yang  timbul  daripada  maklumat  tambahan  yang  diperoleh  semasa
                           “tempoh  pengukuran” (yang  tidak  boleh  melebihi  satu  tahun  dari  tarikh perolehan)
                           mengenai fakta dan keadaan yang wujud pada tarikh perolehan.












                                                             34
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45