Page 37 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 37

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                    3.     DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

                           Asas perakaunan

                           Penyata  kewangan  telah  disediakan  mengikut  kelaziman  kos  sejarah  dan
                           diubahsuaikan untuk mengandungi penilaian semula ke atas beberapa harta, loji dan
                           peralatan, serta instrumen kewangan yang dinilai mengikut nilai saksama.

                           Pada amnya kos sejarah adalah berasaskan nilai saksama ganjaran yang terlibat untuk
                           jualan  dan  penyelesaian  aset  dan  liabiliti.  Nilai  saksama  adalah  nilai  yang  akan
                           diterima  bagi  penjualan  sesuatu  aset  atau  nilai  yang  patut  dibayar  bagi
                           pengambilalihan  sesuatu  liabiliti  di  antara  peserta  pasaran  di  dalam  transaksi  yang
                           teratur pada tarikh penilaian, walaupun nilai itu boleh disahkan secara langsung atau
                           berdasarkan teknik penilaian lain.

                           Di dalam menganggarkan nilai saksama sesuatu aset atau liabiliti, Kumpulan dan KPF
                           mengambil  kira  ciri-ciri  aset  dan  liabiliti  tersebut  dengan  andaian  peserta  pasaran
                           akan mengambil kira ciri-ciri tersebut di dalam menilai aset dan liabiliti tersebut pada
                           tarikh  penilaian.  Nilai  saksama  bagi  pengukuran/pendedahan  bagi  tujuan  penyata
                           kewangan  disatukan  ditentukan  berdasarkan  asas  di  atas  kecuali  bagi  bayaran
                           berasaskan  saham  yang  tertakluk  kepada  MFRS  2,  pajakan  yang  tertakluk  kepada
                           MFRS  117  dan  pengukuran  yang  serupa  dengan  nilai  saksama  tetapi  bukan  nilai
                           saksama, seperti nilai realisasi  bersih di  dalam MFRS  102 atau nilai boleh guna di
                           dalam MFRS 136.

                           Bagi tujuan pelaporan kewangan, nilai saksama dikategorikan kepada tahap 1,2 dan 3
                           bergantung kepada input yang digunakan bagi menentukan nilai saksama dan kesan
                           input tersebut dalam penentuan nilai saksama seperti di bawah:

                                Tahap  1  meliputi  harga-harga  tersiar  (tanpa  diubah)  di  dalam  pasaran  aktif
                                 untuk aset dan liabiliti sepadan.
                                     Tahap  2  meliputi  input,  selain  harga-harga  tersiar  di  dalam  Tahap  1,  yang
                                 boleh  mencerap  aset  ataupun  liabiliti  samaada  secara  langsung  atau  tidak
                                 langsung.
                                     Tahap  3  meliputi  input  yang  tidak  berdasarkan  cerapan  data  pada  aset  dan
                                 liabiliti tersebut.











                                                             31
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42