Page 46 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 46

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Aset tidak ketara

                           (a) Lesen Perisian

                              Lesen  perisian  yang  diperoleh  akan  dipermodalkan  dan  dilunaskan  mengikut
                              tempoh penggunaan yang dijangka iaitu antara 3 hingga 5 tahun. Nilai sisa aset
                              dan tempoh hayat akan dikaji semula, dan pembetulan akan dibuat jika perlu, pada
                              akhir tempoh pelaporan.

                              Lesen  perisian diukur mulanya pada kos. Selepas pengiktirafan awal, aset tidak
                              ketara  hendaklah  dibawa  pada  kos  ditolak  sebarang  pelunasan  terkumpul  dan
                              sebarang kerugian rosotnilai terkumpul.

                           (b) Muhibbah

                              Muhibbah adalah lebihan kos harga pembelian ke atas nilai saksama aset bersih
                              dan liabiliti luar jangka bagi pembelian ladang di Samarahan, Sarawak. Muhibbah
                              daripada pembelian ladang diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan sebagai
                              aset tidak ketara.

                           Pelaburan hartanah

                           Pelaburan  hartanah  adalah  dinyatakan  pada  kos  termasuk  kos  transaksi  pada  awal
                           pengiktirafan.  Selepas  pengiktirafan,  pelaburan  hartanah  diukut  pada  nilai  saksama
                           yang  melambangkan  keadaan  pasaran  pada  tempoh  pelaporan.  Nilai  saksama
                           diperoleh daripada keadaan pasaran untuk nilai saksama pelaburan hartanah yang ada
                           di  pasaran  dan  dilakukan  oleh  penilai  haranah  yang  didaftarkan  yang  mempunyai
                           kelayakan  dan  pengalaman  dalam  aset  yang  dinilai.  Untung  atau  rugi  daripada
                           pertukaran nilai saksama akan disertakan dalam penyata untung atau rugi pada tahun
                           pelaporan.

                           Pelaburan  hartanah  diklasifikasikan  sebagai  pajakan  operasi  yang  digunakan  untuk
                           mendapat  sewa  atau  peningkatan  dalam  nilai  harga  saksama  atau  kedua-duanya
                           sekali.  Aset  tersebut  akan  diklasifikasikan  sebagai  pelaburan  hartanah  dan  akan
                           dinyatakan dalam nilai saksama.

                           Pelaburan hartanah akan dinyahiktiraf apabila ianya dijual atau tidak digunakan lagi
                           di mana tiada manfaat ekonomi di masa hadapan yang akan diperolehi. Untung atau
                           rugi daripada penjualan pelaburan hartanah akan diiktiraf di penyata untung rugi pada
                           tahun penjualan berlaku.










                                                             40
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51