Page 48 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 48

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Aset biologi

                           Aset biologi berkaitan dengan hasil pertanian berkembang pada tumbuhan penghasil
                           yang disebut sebagai buah tandan segar (“BTS”) dan dinyatakan pada nilai saksama
                           ditolak kos untuk dijual. Keuntungan atau kerugian yang timbul daripada perubahan
                           dalam  nilai  saksama  ditolak  kos  anggaran  untuk  menjual  BTS  pada  setiap  tarikh
                           kewangan adalah termasuk dalam keuntungan atau kerugian bagi tempoh di mana ia
                           timbul.

                           Hasil  dari  Kumpulan  dan  KPF  mempunyai  nilai  saksama  untuk  BTS  pada  setiap
                           penyata  tarikh  kedudukan  kewangan  seperti  garis  panduan  MFRS  141  "Pertanian".
                           BTS adalah hasil daripada pokok kelapa sawit yang dituai terus menerus sepanjang
                           tahun  kewangan  yang  akan  digunakan  dalam  pengeluaran  minyak  sawit  mentah
                           ("CPO"). Setiap BTS mengambil masa kira-kira 22 minggu dari pendebungaan untuk
                           mencapai kandungan minyak maksimum  yang sedia untuk dituai. Nilai setiap BTS di
                           setiap  kitaran  pengeluaran  BTS  akan  berbeza  berdasarkan  kandungan  minyak
                           kumulatif dalam setiap buah.

                           Dalam  menentukan  nilai  saksama  BTS,  pihak  pengurusan  telah  menganggap
                           kandungan  minyak  semua  BTS  yang  belum  matang  dari  minggu  selepas
                           pendebungaan  hingga  minggu  sebelum  penuaian.  Oleh  kerana  kandungan  minyak
                           bertambah  secara  eksponen  dalam  tempoh  15  hari  sebelum  penuaian,    maka  BTS
                           sebelum 15 hari sebelum penuaian dikecualikan dalam penilaian kerana nilai saksama
                           dianggap tidak dapat diabaikan.

                           Nilai saksama aset biologi dianggarkan dengan merujuk kepada kuantiti tuaian yang
                           diunjurkan dan harga pasaran BTS pada akhir tempoh pelaporan, bersih daripada kos
                           penyelenggaraan dan penuaian dan anggaran kos untuk menjual.

                           Termasuk dalam aset biologi adalah ternakan haiwan iaitu ayam penelur. Ternakan
                           dinilai pada kos asal dan dilunaskan pada anggaran jangka hayat 65 minggu.

                           Pajakan operasi

                           Pajakan  dimana  sebahagian  besar  ganjaran  dan  risiko  pemilikan  harta  masih
                           ditanggung oleh pemberi pajak diambilkira sebagai pajakan operasi. Sewaan ke atas
                           pajakan operasi dimasukkan ke dalam untung atau rugi dalam tahun ia ditanggung.

                           Apabila  satu  pajakan  operasi  ditamatkan  sebelum  tamat  tempoh  pajakan,  sebarang
                           pembayaran  yang  kena  dibuat  kepada  pihak  yang  menyewakan  sebagai  denda
                           diiktirafkan sebagai perbelanjaan dalam tempoh di mana penamatan berlaku.

                           Kos awalan yang dialami Kumpulan dalam merundingkan dan mengaturkan pajakan
                           operasi adalah diiktiraf di dalam untung atau rugi apabila ia berlaku.



                                                             42
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53