Page 52 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 52

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Perubahan dalam nilai saksama sekuriti-sekuriti kewangan disebut dalam matawang
                           asing  diklasifikasikan  sebagai  sedia  dijual  adalah  dianalisis  antara  pertukaran
                           perbezaan  hasil  daripada  perubahan  dalam  pelunasan  kos  sekuriti  dan  lain-lain
                           perubahan  pada  nilai  bawaan  sekuriti.  Perbezaan  pertukaran  berkaitan  dengan
                           perubahan  didalam  pelunasan  kos  diiktiraf  dalam  untung  atau  rugi  dan  lain-lain
                           perubahan dalam nilai bawaan diiktiraf didalam ekuiti.

                           Perbezaan pertukaran pada aset dan liabiliti bukan kewangan seperti ekuiti dipegang
                           pada  nilai  saksama  melalui  untung  atau  rugi  diiktiraf  untung  atau  rugi  sebagai
                           sebahagian daripada untung rugi nilai saksama. Perbezaan pertukaran pada aset bukan
                           kewangan seperti ekuiti yang diklasifikasi sebagai sedia dijual termasuk rizab sedia
                           dijual dan ekuiti.

                           Manfaat pekerja

                           (i)   Manfaat pekerja berjangka pendek
                                Gaji, cuti tahunan, cuti sakit, bonus dan faedah-faedah bukan wang diakru pada
                                tahun kewangan dimana perkhidmatan itu diberikan oleh pekerja.

                           (ii)   Pelan caruman wajib
                                Kumpulan  membuat  caruman  ke  pelan  caruman yang  ditetapkan  di  caj  pada
                                penyata  untung  atau  rugi  pada  tempoh  yang  berkaitan.  Kumpulan  dan  KPF
                                tidak  mempunyai  kewajipan  pembayaran  lebih  lanjut  apabila  caruman  telah
                                dibayar.

                           Zakat

                           Kumpulan  dan  KPF  mengiktiraf  tanggungannya  terhadap  pembayaran  zakat
                           perniagaan.  Zakat  untuk  tempoh  semasa  diiktiraf  apabila  Kumpulan  dan  KPF
                           mempunyai  tanggungan  zakat  semasa  melalui  penilaian  zakat.  Jumlah  pembayaran
                           zakat ditentukan apabila sesuatu entiti telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan,
                           tempoh yang dipanggil “haul”.

                           Kadar  zakat  yang  telah  digubal  atau  digubal  hampir  sepenuhnya  pada  tarikh  akhir
                           tempoh  pelaporan adalah  digunakan  dalam menentukan perbelanjaaan  zakat.  Kadar
                           zakat perniagaan ialah 2.5% daripada asas zakat. Asas zakat untuk Kumpulan selain
                           KPF ditentukan berdasarkan kepada keuntungan selepas cukai bagi setiap syarikat di
                           dalam  Kumpulan  selepas  ditolak  pendapatan  dividen,  dan  pendapatan  dan
                           perbelanjaan  bukan  operasi  tertentu.  Zakat  untuk  perniagaan  dikira  dengan
                           mendarabkan kadar zakat dengan asas zakat. Jumlah zakat yang dikira akan diiktiraf
                           sebagai perbelanjaan bagi tahun tersebut.







                                                             46
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57