Page 55 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 55

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Instrumen kewangan

                           MFRS 9 menggantikan peruntukan MFRS 139 yang berkaitan dengan pengiktirafan,
                           klasifikasi  dan  pengukuran  aset  kewangan  dan  liabiliti  kewangan,  penyah
                           pengiktirafan  instrumen kewangan dan  penjejasan  nilai  aset kewangan. Penerimaan
                           Instrumen Kewangan MFRS 9 dari 1 Januari 2018 mengakibatkan perubahan dalam
                           dasar  perakaunan  dan  pelarasan  kepada  amaun  yang  diiktiraf  dalam  penyata
                           kewangan.  Kumpulan  dan  KPF  memilih  untuk  menggunakan  pengecualian  terhad
                           dalam  MFRS  9  yang  berkaitan  dengan  peralihan  untuk  klasifikasi  dan  pengukuran
                           dan  penjejasan  nilai, dan  tidak  menjelaskan tempoh perbandingan  pada  tahun awal
                           penggunaan. Sebagai akibatnya:

                           (a)   sebarang  pelarasan  untuk  membawa  amaun  aset  atau  liabiliti  kewangan
                                 diiktiraf  pada  permulaan  tempoh  pelaporan  semasa,  dengan  perbezaan  yang
                                 diiktiraf dalam perolehan tertahan dibuka,

                           (b)   aset kewangan tidak dikelaskan semula dalam penyata kedudukan kewangan
                                 untuk tempoh perbandingan,

                           (c)   peruntukan  bagi  kemerosotan  nilai  tidak  dinyatakan  semula  dalam  tempoh
                                 perbandingan.

                           Aset Kewangan - klasifikasi dan pengukuran

                           Dasar perakaunan yang diguna pakai mulai 1 Januari 2018

                           (i)   Klasifikasi

                                 Mulai  pada  1  Januari  2018,  Kumpulan  dan  KPF  mengklasifikasikan  aset
                                 kewangan mereka dalam kategori pengukuran berikut:

                                 • yang akan diukur kemudiannya pada nilai saksama (sama ada melalui
                                   pendapatan komprehensif lain atau melalui keuntungan atau kerugian), dan

                                 • yang akan diukur pada kos yang dilunaskan

                                 Klasifikasi bergantung pada model perniagaan entiti untuk menguruskan aset
                                 kewangan dan syarat kontrak aliran tunai.

                                 Bagi aset yang diukur pada nilai saksama, keuntungan dan kerugian sama ada
                                 akan direkod dalam keuntungan atau kerugian atau pendapatan komprehensif
                                 lain.  Bagi  pelaburan  dalam  instrumen  ekuiti  yang  tidak  dipegang  untuk
                                 dagangan, Kumpulan dan KPF telah membuat pilihan tidak boleh dibatalkan
                                 pada  masa  pengiktirafan  awal  untuk  mengakaunkan  pelaburan  ekuiti  pada
                                 nilai saksama melalui pendapatan komprehensif.


                                                             49
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60