Page 59 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 59

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                                 Pengukuran jangkaan kerugian kredit mencerminkan:

                                 •      jumlah  yang tidak  berat  sebelah dan  kebarangkalian  yang ditentukan
                                        dengan menilai pelbagai kemungkinan hasil;

                                 •      nilai masa wang; dan

                                 •      maklumat  yang  berpatutan  dan  boleh  dipercayai  yang  tersedia  tanpa
                                        kos  atau  usaha  yang  tidak  wajar  pada  tarikh  pelaporan  tentang
                                        peristiwa  masa  lalu,  keadaan  semasa  dan  ramalan  keadaan  ekonomi
                                        masa hadapan.

                                 (a)    Pendekatan umum 3-peringkat untuk pembiayaan dan hutang daripada
                                        syarikat-syarikat  subsidiari,  FELDA,  syarikat-syarikat  bersekutu  dan
                                        entiti usahasama

                                        Pada  akhir  setiap  tempoh  pelaporan,  Kumpulan  dan  KPF  mengukur
                                        jangkaan  kerugian  kredit  melalui  elaun  kerugian  pada  jumlah  yang
                                        sama  dengan jangkaan kerugian  kredit  12  bulan jika  risiko  kredit  ke
                                        atas  instrumen  kewangan  atau  kumpulan  instrumen  kewangan  tidak
                                        meningkat  dengan  ketara  sejak  pengiktirafan  awal.  Bagi  semua
                                        instrumen  kewangan  lain,  elaun  kerugian  pada  jumlah  yang  sama
                                        dengan jangkaan kerugian kredit sepanjang hayat yang diperlukan.

                                        Nota 50 menetapkan butiran ukuran jangkaan kerugian kredit

                                 (b)    Pendekatan  mudah  untuk  penghutang  perdagangan,  lain-lain
                                        penghutang dan deposit

                                        Kumpulan  dan  KPF  menerapkan  pendekatan  MFRS  9  yang  mudah
                                        untuk  mengukur  jangkaan  kerugian  kredit  yang  menggunakan
                                        jangkaan  kreugian  kredit  seumur  hidup  untuk  semua  penghutang
                                        perdagangan.

                                        Nota 50 menetapkan butiran ukuran jangkaan kerugian kredit.

                           Dasar perakaunan diteruskan sehingga 31 Disember 2017

                           Aset dan liabiliti kewangan diiktiraf apabila, dan hanya apabila Kumpulan dan KPF
                           menjadi pihak dalam peruntukan berkontrak instrumen.

                           Aset dan liabiliti kewangan awalnya diukur pada nilai saksama. Kos urus niaga yang
                           berkaitan secara langsung dengan perolehan atau terbitan aset dan liabiliti kewangan
                           (selain daripada aset dan liabiliti kewangan pada nilai saksama melalui untung atau
                           rugi) ditambah atau ditolak daripada nilai saksama aset atau liabiliti kewangan, yang
                           bersesuaian, pada pengiktirafan awal. Kos urus niaga yang berkaitan secara langsung
                           kepada perolehan aset atau liabiliti kewangan pada nilai saksama melalui untung atau
                           rugi diiktiraf serta merta dalam untung atau rugi.

                                                             53
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64