Page 62 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 62

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Kumpulan dan KPF menilai secara individu sama ada bukti objektif penjejasan nilai
                           wujud secara individu bagi pembiayaan yang signifikan secara individu, atau secara
                           kolektif  bagi  pembiayaan  yang  tidak  signifikan  secara  individu.  Jika  ditentukan
                           bahawa  tiada  bukti  objektif  penjejasan  nilai  wujud  bagi  pembiayaan  yang  ditaksir
                           secara individu, pembiayaan kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan pembiayaan
                           dengan ciri-ciri risiko kredit yang sama dan dinilai secara kolektif untuk kemerosotan.
                           Pembiayaan yang dinilai secara individu untuk penjejasan nilai dan di mana kerugian
                           penjejasan nilai adalah diiktiraf, ia tidak dimasukkan dalam penilaian kolektif untuk
                           penjejasan nilai.

                           Jika  terdapat  bukti  objektif  bahawa  kerugian  penjejasan  nilai  tertanggung,  amaun
                           kerugian adalah diukur sebagai perbezaan antara amaun dibawa pembiayaan dan nilai
                           kini  anggaran aliran  tunai  masa depan  (tidak termasuk kerugian  kredit  masa depan
                           yang tidak tertanggung) terdiskaun pada kadar asal keuntungan efektif pembiayaan.
                           Amaun dibawa pembiayaan dikurangkan melalui penggunaan akaun elaun dan amaun
                           kerugian diiktiraf dalam untung atau rugi. Di mana bersesuaian, pengiraan nilai kini
                           anggaran  aliran  tunai  masa  hadapan  aset  kewangan  bercagar  dengan  menunjukkan
                           aliran tunai yang mungkin terhasil daripada pelupusan tolak kos untuk mendapatkan
                           dan menjual cagaran, sama ada pelupusan berjaya atau tidak.

                           Bagi tujuan penilaian penjejasan nilai kolektif, pembiayaan dikumpulkan berdasarkan
                           ciri-ciri  risiko  kredit  yang  sama.  Penjejasan  nilai  bagi  kumpulan  ini  ditaksir
                           berdasarkan  pengalaman  dalam  sejarah  kerugian  pembiayaan  dari  segi  kadar
                           kemungkiran dan anggaran kadar pemulihan.

                           Aliran  tunai  masa  hadapan  pembiayaan  dinilai  bergantung  kepada  adanya  cagaran
                           bagi  pembiayaan.  Bagi  pembiayaan  tidak  bercagar,  pendedahan  kepada  kegagalan
                           bayaran  yang  tidak  akan  pulih  berikutan  kemungkiran  diambil  sepenuhnya.  Bagi
                           pembiayaan  bercagar  dengan  cagaran  disandarkan  kepada  Kumpulan  dan  KPF,
                           pendedahan pada kemungkiran bayaran akan mengambil kira nilai sekuriti terdiskaun
                           mengikut  tempoh  jangkaan  pemulihan  sekuriti  menggunakan  kadar  keuntungan
                           efektif.

                           Kemungkinan bahawa  pembiayaan akan menjadi  mungkir  dikira  berdasarkan kadar
                           purata  kemungkiran  bayaran  bagi  tempoh  beberapa  tahun  terkini  dengan
                           menggunakan sejarah data baki yang belum jelas untuk bulan berikutnya. Kadar yang
                           sama kemungkinan kemungkiran diguna pakai untuk kumpulan pembiayaan dengan
                           ciri-ciri risiko kredit yang sama.

                           Apabila  pembiayaan  tidak  boleh  dipungut  semula,  ia  dihapuskira  terhadap  elaun
                           berkaitan untuk penjejasan nilai pembiayaan. Pembiayaan tersebut akan dihapus kira
                           selepas semua prosedur yang perlu telah selesai dan jumlah kerugian telah ditentukan.
                           Caj penjejasan nilai yang berkaitan pembiayaan kepada pelanggan dikelaskan dalam
                           caj penjejasan nilai pembiayaan.




                                                             56
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67