Page 65 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 65

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                    4.         PENILAIAN DAN ANGGARAN PERAKAUNAN KRITIKAL

                           Penilaian  dan  anggaran  dibuat  oleh  para  Anggota  Lembaga  dan  pihak  pengurusan
                           berdasarkan  pengalaman  dan  faktor-faktor  lain,  termasuk  jangkaan  peristiwa  masa
                           depan yang dipercayai sebagai munasabah di bawah keadaan tertentu. Anggaran dan
                           andaian yang membawa risiko ketara dalam mengakibatkan pelarasan ketara ke atas
                           nilai  bawaan  aset-aset  dan  liabiliti-liabiliti  dalam  tempoh  kewangan  tahun  yang
                           berikutnya adalah dibincang seperti berikut:

                           (a)    Penjejasan nilai harta, loji dan peralatan

                                 Kumpulan  dan  KPF  sentiasa  mengkaji  samaada  terdapat  sebarang  petunjuk
                                 penjejasan dan akan mengiktiraf kerugian penjejasan jika amaun dibawa oleh
                                 sesuatu aset itu lebih tinggi daripada jumlah yang diperolehi semula. Jumlah
                                 yang  diperolehi  semula  adalah  nilai  yang  mana  lebih  tinggi  diantara  harga
                                 jualan  bersih  dan  nilai  boleh  guna  (value-in-use).  Dalam  menentukan  nilai
                                 boleh  guna  ini,  Kumpulan dan KPF  menilai  nilai  kini  anggaran  aliran tunai
                                 masa depan yang dijangka akan diperolehi dengan menggunakan aset tersebut
                                 secara berterusan dan daripada pelupusannya pada akhir hayat. Anggaran dan
                                 pertimbangan  utama  yang  digunakan  dalam  pengiraan  nilai  boleh  guna  ini
                                 adalah anggaran aliran tunai dan kadar diskaun.

                           (b)   Nilai saksama bagi sekuriti pelaburan - Pelaburan tidak tersiarharga

                                 Nilai  saksama  bagi  sekuriti  pelaburan  yang  tidak  tersiarharga  ditetapkan
                                 menggunakan  analisa  aliran  tunai  didiskaunkan.  Kumpulan  dan  KPF
                                 menggunakan  anggaran  dan  pertimbangan  untuk  membuat  andaian-andaian
                                 seperti kadar diskaun dan aliran tunai masa depan berdasarkan situasi pasaran
                                 sedia ada pada tarikh akhir tempoh pelaporan.

                           (c)   Penjejasan aset kewangan sedia dijual

                                 Kumpulan  dan  KPF  telah  menepati  peraturan  piawaian  MFRS  139  untuk
                                 menentukan penjejasan aset kewangan sedia dijual. Bagi membuat pernilaian,
                                 Kumpulan dan KPF telah mengambil kira beberapa faktor, tempoh dan nilai
                                 saksama  pelaburan  kurang  daripada  kos;  dan  kedudukan  kewangan  dan
                                 prospek  perniagaan  jangka  pendek  kepada  pelabur,  termasuk  faktor-faktor
                                 seperti  sektor prestasi  perindustrian,  perubahan  dalam teknologi dan operasi
                                 serta aliran tunai kewangan.












                                                             59
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70