Page 66 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 66

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           (d)       Pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari, bersekutu dan usahasama

                                 Kumpulan dan KPF telah menguji samada terdapat tanda penjejasan nilai bagi
                                 pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari, bersekutu dan usahasama. Pihak
                                 pengurusan  KPF  berpendapat  tiada  penjejasan  nilai  bagi  syarikat-syarikat
                                 subsidiari, bersekutu dan usahasama pada akhir tahun kewangan semasa.

                           (e)    Pelaburan hartanah

                                 Nilai  saksama  pelaburan  hartanah  telah  ditentukan  berdasarkan  permodalan
                                 pendapatan  bersih  daripada  pelaburan  hartanah  yang  menjana  pendapatan.
                                 Nilai  yang  dianggarkan  adalah  berdasarkan  sewa  sebenar  ditolak  anggaran
                                 perbelanjaan  tahunan  dan  dimodalkan  pada  tahun  semasa  dengan
                                 menggunakan kadar diskaun yang berpatutan. Dalam membuat anggaran nilai
                                 saksama pelaburan hartanah, nilai pasaran sewa semasa dan nilai pasaran sewa
                                 masa hadapan diambil kira. Dalam perkiraan sewa bersih, perbelanjaan seperti
                                 insurans, pembaikan dan cukai pintu akan diambil kira.

                           (f)    Aset biologi

                                 Nilai  saksama  aset  biologi  telah  ditentukan  berdasarkan  permodalan
                                 pendapatan  bersih  daripada  hasil  penjualan  buah  tandan  segar.  Dibawah
                                 kaedah ini, anggaran penerimaan daripada penjualan buah tandan segar telah
                                 dianggarkan  berdasarkan  umur  tumbuhan  penghasil  dan  hasil  bagi  setahun
                                 bagi setiap tumbuhan penghasil. Hasil buah tandan segar ini akan didarabkan
                                 dengan anggaran harga pasaran untuk mendapatkan jumlah pendapatan yang
                                 akan dijanakan. Pendapatan bersih dikira berdasarkan hasil pendapatan setelah
                                 ditolak kos penjagaan ladang, kos penuaian dan kos untuk menuai buah tandan
                                 segar.  Pendapatan  bersih  ini  akan  dimodalkan  menggunakan  kadar  diskaun
                                 yang berpatutan.


























                                                             60
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71