Page 63 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 63

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Jika,  dalam  tempoh  berikutnya,  amaun  kerugian  penjejasan  nilai  menurun  dan
                           penurunan  tersebut  boleh  dikaitkan  secara  objektif  kepada  peristiwa  yang  berlaku
                           selepas  rosotnilai  telah  diiktiraf  (seperti  penambahbaikan  dalam  penarafan  kredit
                           penghutang), kerugian penjejasan nilai yang diiktiraf sebelumnya ditarik balik dengan
                           melaraskan akaun elaun. Amaun penarikbalikan diiktiraf dalam untung atau rugi.

                           Aset kewangan sedia-dijual

                           Kumpulan dan KPF menilai pada akhir setiap tempoh pelaporan sama ada terdapat
                           bukti objektif bahawa aset kewangan atau kumpulan aset kewangan terjejas. Dalam
                           kes  pelaburan  ekuiti  yang  dikelaskan  sebagai  sedia-dijual,  penurunan  ketara  atau
                           berpanjangan  dalam  nilai  saksama  sekuriti  di  bawah  kosnya  adalah  bukti  objektif
                           penjejasan  nilai  yang  mengakibatkan  pengiktirafan  kerugian  penjejasan  nilai.  Jika
                           sebarang bukti sedemikian wujud bagi aset kewangan sedia-dijual, untung atau rugi
                           terkumpul yang sebelum ini diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain dikelaskan
                           kepada untung dan rugi dalam tempoh tersebut.

                           Dalam  hal  sekuriti  ekuiti  sedia-dijual,  kerugian  penjejasan  nilai  yang  sebelum  ini
                           diiktiraf dalam untung atau rugi tidak ditarik balik melalui untung atau rugi. Sebarang
                           peningkatan dalam  nilai  saksama selepas kerugian penjejasan nilai diiktiraf sebagai
                           pendapatan komprehensif lain dan rizab pelaburan. Dalam hal sekuriti hutang sedia-
                           dijual, kerugian penjejasan nilai seterusnya ditarik balik melalui untung atau rugi jika
                           peningkatan  dalam  nilai  saksama  pelaburan  boleh  dikaitkan  secara  objektif  kepada
                           peristiwa yang berlaku selepas pengiktirafan kerugian penjejasan nilai.

                           Penyahiktirafan aset kewangan

                           Aset kewangan dinyahiktiraf apabila hak berkontrak kepada aliran tunai telah tamat
                           atau setelah aset kewangan dan sebahagian besar risiko dan ganjaran pemilikan aset
                           dipindahkan  kepada  entiti  lain.  Jika  Kumpulan  dan  KPF  tidak  memindahkan  atau
                           mengekalkan sebahagian besar risiko dan ganjaran pemilikan dan terus mengawal aset
                           yang  dipindahkan,  Kumpulan  dan  KPF  mengiktiraf  keuntungan  tertahan  mereka
                           dalam  aset  dan  liabiliti  yang  dikaitkan  untuk  amaun  yang  mungkin  perlu  dibayar.
                           Kumpulan  dan  KPF  terus  mengiktiraf  aset  kewangan  dan  juga  mengiktiraf
                           pembiayaan bercagar.

                           Sewaktu  penyahiktirafan  sesuatu  aset  kewangan  secara  keseluruhannya,  perbezaan
                           antara amaun dibawa aset dan jumlah pertimbangan diterima dan belum diterima serta
                           laba atau rugi  terkumpul  yang  telah  telah diiktiraf  dalam  pendapatan  komprehensif
                           lain dan dikumpul di bawah rizab lain adalah diiktiraf sebagai untung atau rugi.









                                                             57
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68