Page 58 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 58

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Perubahan  dalam  nilai  saksama  aset  kewangan  melalui  nilai  saksama  melalui
                           keuntungan  dan  kerugian  diiktiraf  dalam  pendapatan/(kerugian)  lain  dalam
                           keuntungan atau kerugian yang berkenaan. Kerugian penjejasan nilai (dan pembalikan
                           kerugian  rosotnilai)  ke  atas  pelaburan  ekuiti  diukur  pada  nilai  saksama  melalui
                           pendapatan  komprehensif  yang  tidak  dilaporkan  secara  berasingan  daripada
                           perubahan lain dalam nilai saksama.

                           Penjejasan Nilai Instrumen Kewangan

                           Dasar perakaunan yang diguna pakai mulai 1 Januari 2018

                           Penjejasan nilai instrumen hutang

                           Kumpulan dan KPF menilai pada akhir setiap tempoh pelaporan sama ada terdapat
                           bukti objektif bahawa aset kewangan terjejas.

                           (i)    Penjejasan nilai instrumen hutang

                                 Kumpulan  dan  KPF  menilai  berdasarkan  masa  hadapan  jangkaan  kerugian
                                 kredit  yang  berkaitan  dengan  instrumen  hutangnya  yang  dibawa  pada  kos
                                 pelunasan  dan  kontrak  melalui  nilai  saksama  melalui  pendapatan
                                 komprehensif  dan  jaminan  kewangan  yang  dikeluarkan.  Metodologi
                                 penurunan  harga  yang  digunakan  bergantung  kepada  sama  ada  terdapat
                                 peningkatan risiko kredit yang ketara.

                                 Kumpulan dan KPF mempunyai tiga jenis instrumen kewangan yang tertakluk
                                 kepada model jangkaan kerugian kredit:

                                       Pembiayaan
                                       Penghutang perdagangan
                                       Lain-lain penghutang dan deposit
                                       Hutang daripda syarikat-syarikat subisdiari
                                       Hutang  daripada  FELDA,  syarikat-syarikat  bersekutu  dan  entiti
                                           usahasama

                                 Walaupun  deposit/simpanan,  tunai  dan  setara  tunai  juga  tertakluk  kepada
                                 keperluan  penjejasan  nilai  MFRS  9,  kerugian  kemerosotan  nilai  yang
                                 dikenalpasti tidak mempunyai kesan ketara.

                                 Jangkaan kerugian kredit mewakili anggaran kebarangkalian perbezaan antara
                                 nilai semasa aliran tunai kontraktual dan nilai kini aliran tunai Kumpulan dan
                                 KPF  menjangkakan  untuk  menerima,  sepenuh  baki  hayat  instrumen
                                 kewangan.





                                                             52
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63