Page 54 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 54

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Penjejasan nilai untuk aset bukan kewangan

                           Aset yang mempunyai jangka hayat tidak terhad tidak tertakluk kepada pelunasan dan
                           diuji  bagi  menentukan  penjejasan  nilai  setiap  tahun,  atau apabila  berlaku  peristiwa
                           atau keadaan yang menunjukkan bahawa penjejasan nilai mungkin wujud. Harta, loji
                           dan peralatan dan aset bukan semasa lain, termasuk aset tidak ketara dengan jangka
                           hayat  terhad,  disemak  semula  bagi  menentukan  kerugian  penjejasan  nilai  apabila
                           peristiwa  atau  perubahan  keadaan  menunjukkan  bahawa  amaun  dibawa  mungkin
                           tidak dapat dipulihkan.

                           Kerugian penjejasan nilai yang diiktiraf merupakan lebihan nilai bawaan aset tersebut
                           berbanding  dengan  amaun  boleh  pulih.  Amaun  boleh  pulih  adalah  nilai  yang  lebih
                           tinggi antara nilai saksama tolak kos penjualan dan nilai guna sesebuah aset.

                           Bagi  tujuan  penaksiran  penjejasan  nilai,  aset  dikumpulkan  pada  tahap  terendah
                           dimana terdapat aliran tunai yang boleh dikenalpasti secara berasingan (unit penjana
                           tunai).  Aset  selain  daripada  muhibbah  yang  mengalami  penjejasan  nilai  disemak
                           semula bagi kemungkinan pembalikan pada akhir tempoh pelaporan.

                           Penjejasan nilai untuk aset tidak ketara

                           Satu  unit  penghasilan  tunai  akan  diperuntukkan  untuk  menguji  penjejasan  nilai
                           tahunan, atau lebih kerap apabila terdapat tanda yang unit tersebut mungkin terjejas.
                           Kumpulan  dan  KPF  menilai  sama  ada  terdapat  sebarang  petunjuk  penjejasan  nilai.
                           Jika  petunjuk  sedemikian  wujud,  nilai  bawaan  aset  diturunkan  dengan  serta-merta
                           kepada amaun boleh pulih jika nilai bawaan aset adalah lebih besar daripada jumlah
                           anggaran yang boleh diperolehi semula.

                           Aset tidak ketara akan diiktiraf jika, dan hanya jika:

                           (a)  ada  kemungkinan  bahawa  jangkaan  manfaat  ekonomi  masa  hadapan  yang
                                berkaitan dengan aset tersebut akan mengalir kepada entiti;

                           (b)  kos aset itu boleh diukur dengan pasti.

                           Aset  tidak  ketara  diukur  mulanya  pada  kos.  Selepas  pengiktirafan  awal,  aset  tidak
                           ketara  hendaklah  dibawa  pada  kos  ditolak  sebarang  pelunasan  terkumpul  dan
                           sebarang penjejasan nilai terkumpul.













                                                             48
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59