Page 51 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 51

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Perolehan hasil jualan barangan dan perkhidmatan diiktiraf setelah barangan diterima
                           oleh  pelanggan,  apabila  risiko  dan  ganjaran  kepada  pemilikan  barangan  tersebut
                           dipindahkan  kepada  pembeli.  Perolehan  daripada  penjualan  minyak  sawit  mentah
                           diiktiraf pada harga saksama yang diterima atau akan diterima apabila penghantaran
                           dilakukan.

                           Perolehan  perkhidmatan  diiktiraf  setelah  perkhidmatan  dilakukan  mengikut  peratus
                           kerja-kerja  yang  telah  disiapkan,  dikaji  berdasarkan  perkhidmatan  yang  telah
                           dilakukan daripada jumlah perkhidmatan yang akan dilakukan.

                           Perolehan  daripada  operasi  Ar  Rahn adalah berdasarkan  kepada  upah  simpan  yang
                           dikenakan  ke  atas  pelanggan.  Perolehan  akan  diakrukan  berdasarkan  tempoh  KPF
                           menyimpan marhun untuk pelanggan dan nilai marhun yang diberikan oleh pelanggan
                           kepada KPF bagi tujuan pembiayaan Ar Rahn.

                           Pertukaran matawang asing

                           Matawang Fungsian dan Pembentangan

                           Perkara yang dimasukkan di dalam penyata kewangan setiap entiti dalam Kumpulan
                           ditentukan  dengan  menggunakan  matawang  persekitaran  ekonomi  utama  dimana
                           entiti tersebut beroperasi (“matawang fungsian”). Penyata kewangan yang disatukan
                           dibentangkan  dalam  Ringgit  Malaysia,  yang  merupakan  matawang  fungsian  dan
                           pembentangan KPF.

                           Urus Niaga dan Baki Terkumpul

                           Urusniaga  dalam  matawang  asing  ditukar  kepada  matawang  fungsian  dengan
                           menggunakan  kadar  pertukaran  pada  tarikh  urusniaga.  Keuntungan  dan  kerugian
                           pertukaran  asing  yang  terhasil  daripada  penyelesaian  urusniaga  berkenaan  dan
                           daripada pertukaran aset dan tanggungan  kewangan yang nilainya dalam matawang
                           asing  pada  kadar  pertukaran  akhir  tahun  diiktiraf  dalam  penyata  untung  atau  rugi,
                           kecuali apabila wujud penangguhan dalam ekuiti sebagai pelindung nilai aliran tunai
                           dan pelaburan bersih yang layak dilindung nilai.

                                Untung atau rugi keatas pertukaran matawang asing yang berkaitan dengan pinjaman
                           serta tunai dan persamaan tunai dinyatakan dalam penyata pendapatan sebagai ‘lain-
                           lain  belanja  operasi’.  Manakala  lain-lain  untung  atau  rugi  ke  atas  pertukaran
                           matawang  asing  dinyatakan  dalam  penyata  untung  atau  rugi  sebagai  ‘lain-lain
                           untung/(rugi)-bersih’.










                                                             45
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56