Page 47 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 47

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Tumbuhan penghasil

                           Tumbuhan  penghasil  merupakan  pokok  kelapa  sawit  yang  digunakan  dalam
                           menghasilkan hasil pertanian, dan dijangkakan untuk menghasilkan buah tandan segar
                           lebih daripada satu tempoh. Tumbuhan penghasil terdiri daripada pokok kelapa sawit
                           matang dan pokok kelapa sawit tidak matang.

                           Pokok  kelapa  sawit  tidak  matang  dinyatakan  pada  kos  yang  merangkumi  kos
                           penyediaan,  kos  menanam,  kos  membaja  dan  kos  penyelenggaraan.    Pokok  kelapa
                           sawit matang dinyatakan pada kos ditolak susut nilai terkumpul dan penjejasan nilai.
                           Pokok sawit matang disusut nilaikan pada kadar garis lurus berdasarkan jangka hayat
                           pokok selama 25 tahun sejak dari pokok mula berbuah.

                           Pokok kelapa sawit mempunyai jangka hayat lebih kurang 25 tahun. Secaram amnya,
                           pokok  kelapa  sawit  memerlukan  tempoh  4  tahun  selepas  ditanam  untuk  menjadi
                           matang.

                           Nilai pokok kelapa sawit akan dikaji jika terdapat bukti penjejasan nilai dari tahun ke
                           tahun.  Nilai  baki,  jangka  hayat  dan  susut  nilai  akan  dikaji  pada  setiap  tahun  akhir
                           kewangan  untuk  menentukan  tempoh  susut  nilai,  jangka  hayat  adalah  konsisten
                           dengan jangkaan lepas dan memenuhi manfaat ekonomi di masa hadapan.

                           Tumbuhan  penghasil  akan  dinyahiktiraf  apabila  dijual  atau  tiada  lagi  manfaat
                           ekonomi yang boleh diperoleh daripada penggunaannya. Untung atau rugi daripada
                           penyahiktirafan  tumbuhan  penghasil  akan  disertakan  di  dalam  penyata  untung  rugi
                           pada tahun tumbuhan penghasil dinyahiktiraf.

                           Inventori

                           Inventori  dinyatakan  pada  nilai  lebih  rendah  antara  kos  dan  nilai  boleh  direalisasi
                           bersih. Kos ditentukan berdasarkan kaedah purata dan masuk dahulu keluar dahulu.

                           Kos barangan siap dan kerja dalam pelaksanaan meliputi kos bahan mentah, tenaga
                           buruh  langsung,  kos  langsung  lain  dan  overhed  pengeluaran  yang  berkaitan
                           (berdasarkan kapasiti operasi lazim).  Kos bahan mentah, bahan kimia, stor dan alat-
                           alat ganti produk termasuk kos belian dan kos bawa inventori ke dalam lokasi semasa
                           dan keadaan.

                           Nilai pasaran bersih terdiri daripada anggaran harga jualan dalam urusan perniagaan
                           biasa selepas ditolak kos jualan dan pengedaran.










                                                             41
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52