Page 53 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 53

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Asas  pengiraan  zakat  untuk  KPF  adalah  berdasarkan  kiraan yang  digunapakai  oleh
                           Pusat  Pungutan  Zakat  Wilayah  Persekutuan  iaitu  kaedah  modal  kerja.  Kaedah  ini
                           menggunakan kadar ke atas ekuiti pemilik, liabiliti jangka panjang, aset tetap bersih
                           dan aset bukan semasa, dan tertakluk kepada pelarasan yang dibenarkan.

                           Zakat  untuk perniagaan dikira  dengan  mendarabkan  kadar  zakat  dengan  asas  zakat
                           setelah mengambilkira peratusan pemilikan saham milik Muslim. Jumlah zakat dikira
                           akan diiktiraf sebagai perbelanjaan bagi tahun tersebut.

                           Cukai

                           Perbelanjaan  cukai  keatas  keuntungan  atau  kerugian  tahun  semasa  mengandungi
                           cukai  semasa  dan  juga  cukai  tertunda.  Cukai  semasa  ialah  jumlah  jangkaan
                           perbelanjaan cukai  yang  berkaitan  dengan  keuntungan  yang  boleh  dikenakan cukai
                           dan  dikira  mengikut  kadar  cukai  yang  telah  digubalkan  pada  tarikh  akhir  tempoh
                           pelaporan.

                           Cukai  tertunda  diiktirafkan  secara  penuh,  berdasarkan  kaedah  liabiliti,  ke  atas
                           perbezaan  sementara  di  antara  asas  cukai  aset-aset  dan  liabiliti-liabiliti  dan  nilai
                           pembawa mereka di dalam penyata kewangan.

                           Aset  cukai  tertunda  diiktiraf  sehingga  tahap  dimana  berkemungkinan  keuntungan
                           dicukai  akan  tersedia  ada  dimana  perbezaan  sementara  boleh  ditolak  atau  kerugian
                           cukai belum diguna dapat digunakan.

                           Cukai  tertunda  dikira  mengikut  kadar  cukai  yang  dijangka  akan  digunakan  apabila
                           aset diiktiraf atau apabila liabiliti diselesaikan, berdasarkan kepada kadar cukai yang
                           telah  digubal  atau  hampir  sepenuhnya digubal pada tarikh akhir tempoh  pelaporan.
                           Cukai tertunda diiktiraf didalam penyata pendapatan, kecuali apabila timbul transaksi
                           yang  diiktiraf  secara  langsung  daripada  rizab,  yang  mana  dalam  keadaan ini, cukai
                           tertunda akan diiktiraf secara terus daripada rizab.

                           Nilai pembawa aset cukai tertunda adalah disemak pada akhir tempoh pelaporan dan
                           dikurangkan  sehingga  tiada  kemungkinan  pendapatan  bercukai  yang  cukup  akan
                           wujud  untuk membolehkan keseluruhan atau sebahagian aset tersebut direalisasi.

                           Aset  cukai  tertunda  dan  liabiliti  cukai  tertunda  diimbangkan  apabila  mempunyai  hak
                           yang dibenarkan untuk mengimbangkan aset cukai semasa dengan liabiliti cukai semasa
                           dan jika ianya  berkait  dengan  cukai pendapatan  yang  dikenakan oleh  penguasa cukai
                           yang sama dan Kumpulan dan KPF berhasrat untuk menyelesaikan aset cukai semasa
                           dan liabiliti cukai semasa pada asas bersih.








                                                             47
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58