Page 60 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 60

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Kaedah keuntungan efektif

                           Kaedah keuntungan efektif adalah kaedah pengiraan kos aset atau liabiliti kewangan
                           yang  dilunaskan  bersama  peruntukan  keuntungan  pendapatan  atau  perbelanjaan
                           sepanjang tempoh berkaitan. Kadar keuntungan efektif adalah kadar diskaun anggaran
                           bayaran atau pulangan tunai masa depan atas jangka hayat instrumen kewangan, atau
                           (di  mana  bersesuaian)  pada  tempoh  masa  yang  lebih  singkat  kepada  jumlah  bersih
                           amaun dibawa pada awal pengiktirafan.

                           Aset kewangan

                           Aset  kewangan  dikelaskan  ke  dalam  kategori  yang  dinyatakan  berikut:  ‘aset
                           kewangan pada nilai saksama melalui untung atau rugi’ aset kewangan ‘sedia dijual’
                           dan ‘pembiayaan dan penghutang’. Pengkelasan bergantung kepada sifat dan tujuan
                           aset kewangan dan ditentukan pada masa permulaan pengiktirafan. Semua pembelian
                           secara biasa atau jualan aset kewangan diiktiraf dan tidak diiktiraf pada asas tarikh
                           dagangan. Pembelian secara biasa atau jualan pembelian atau jualan aset kewangan
                           yang  memerlukan  penghantaran  aset  dalam  tempoh  masa  yang  ditentukan  oleh
                           peraturan atau konvensyen pasaran.

                           Aset kewangan pada atau nilai saksama melalui untung atau rugi

                           Aset kewangan adalah dikelaskan sebagai dipegang untuk dagangan jika ia diperoleh
                           atau ditanggung terutamanya bagi tujuan menjual atau membeli semula dalam tempoh
                           terdekat  atau  jika  ia  adalah  sebahagian  daripada  urus  niaga  portfolio  instrumen
                           kewangan  dikenal  pasti  yang  diuruskan  bersama  dan  terdapat  bukti  kecenderungan
                           pengambilan untung dalam jangka pendek. Ia diiktiraf di dalam penyata kedudukan
                           kewangan sebagai 'Aset kewangan pada nilai saksama melalui untung atau rugi'.

                           Instrumen kewangan yang termasuk dalam kategori ini mulanya diiktiraf pada nilai
                           saksama; kos urus niaga diiktiraf dalam untung atau rugi. Keuntungan dan kerugian
                           yang timbul daripada perubahan dalam nilai saksama diiktiraf  sebagai untung atau
                           rugi  dan  dilaporkan  sebagai  'Keuntungan/(Kerugian)  atas  penilaian  semula  aset
                           kewangan  pada  nilai  saksama  melalui  untung  atau  rugi'.  Pendapatan  ke  atas  aset
                           kewangan  pada  nilai  saksama  melalui  untung  atau  rugi  dimasukkan  sebagai
                           ‘Pendapatan dari jualan sekuriti-sekuriti.

                           Aset kewangan sedia-dijual

                           Aset  kewangan  sedia-dijual  adalah  aset  kewangan  yang  bertujuan  untuk  dipegang
                           dalam  tempoh  masa  yang  tidak  terhad,  boleh  dijual  sebagai  tindak  balas  kepada
                           keperluan untuk kecairan atau perubahan dalam kadar keuntungan, kadar pertukaran
                           atau  harga  ekuiti  atau  yang  tidak  dikelaskan  sebagai  pembiayaan  dan  penghutang,
                           pelaburan  dipegang-hingga-matang  atau  aset  kewangan  pada  nilai  saksama  melalui
                           untung atau rugi.


                                                             54
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65