Page 61 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 61

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Aset  kewangan  sedia-dijual  pada  mulanya  diiktiraf  pada  nilai  saksama  pada
                           penghujung tempoh pelaporan. Untung dan rugi yang timbul daripada perubahan nilai
                           saksama  diiktiraf  dalam  pendapatan  komprehensif  lain  dan  terkumpul  dalam  rizab
                           pelaburan,  dengan  pengecualian  kerugian  rosotnilai  dan  keuntungan  dikira
                           menggunakan  kaedah  kadar  keuntungan  efektif  yang  diiktiraf  sebagai  untung  atau
                           rugi.  Di  mana  pelaburan  dilupuskan  atau  ditentukan  sebagai  terjejas,  untung
                           terkumpul  atau  rugi  terkumpul  terdahulu  dalam  rizab  pelaburan  dikelaskan  kepada
                           untung atau rugi.

                           Instrumen  ekuiti  sedia-dijual  yang  tidak  mempunyai  harga  pasaran  disebut  dalam
                           pasaran aktif dan nilai saksamanya tidak dapat diukur dengan pasti dan derivatif yang
                           dikaitkan kepada  dan mesti  diselesaikan  melalui  penerimaan instrumen ekuiti  tidak
                           disebut adalah diukur pada kos tolak sebarang kerugian rosotnilai dikenal pasti pada
                           akhir tempoh pelaporan.

                           Dividen ke atas instrumen ekuiti sedia-dijual diiktiraf dalam untung atau rugi apabila
                           hak Kumpulan dan KPF untuk menerima bayaran diwujudkan.

                           Pinjaman dan penghutang

                           Pinjaman dan penghutang adalah aset kewangan bukan derivatif dengan pembayaran
                           tetap atau boleh ditentukan yang tak disebut harga dalam pasaran aktif.

                           Pinjaman dan penghutang pada mulanya diiktiraf pada nilai saksama, termasuk kos
                           urus  niaga  langsung  dan  tambahan,  dan  seterusnya  diukur  pada  kos  terlunas
                           menggunakan  kaedah  kadar  keuntungan  efektif  tolak  rosotnilai.  Biasanya
                           pengiktirafan pembiayaan direkodkan pada tarikh penyelesaian, apabila semua syarat-
                           syarat di bawah kontrak pembiayaan telah dipenuhi.

                           Keuntungan atas pembiayaan diiktiraf dalam untung atau rugi dengan menggunakan
                           kadar keuntungan efektif.

                           Penjejasan nilai Aset Kewangan

                           Untuk penentuan penjejasan nilai ke atas  pembiayaan, Kumpulan dan KPF menilai
                           pada  akhir  setiap  tempoh  pelaporan  sama  ada  terdapat  bukti  objektif  bahawa
                           pembiayaan telah terjejas. Pembiayaan terjejas dan kerugian penjejasan nilai berlaku
                           hanya  jika  terdapat  bukti  objektif  penjejasan  nilai  kesan  daripada  satu  atau  lebih
                           peristiwa yang telah berlaku selepas pengiktirafan awal aset (iaitu peristiwa kerugian
                           yang ditanggung) dan bahawa peristiwa kerugian mempunyai kesan ke atas anggaran
                           aliran  tunai  masa  hadapan  pembiayaan  atau  kumpulan  pembiayaan  yang  boleh
                           dianggarkan dengan pasti.







                                                             55
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66