Page 64 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 64

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                           Pengkelasan hutang atau ekuiti

                           Hutang  dan  instrumen  ekuiti  dikelaskan  sama  ada  sebagai  liabiliti  kewangan  atau
                           ekuiti berdasarkan inti pati peraturan kontrak.

                           Instrumen ekuiti

                           Instrumen ekuiti adalah kontrak yang menunjukkan baki keuntungan dalam entiti aset
                           selepas  ditolak  kesemua  liabiliti.  Instrumen  ekuiti  yang  diterbitkan  oleh  kumpulan
                           entiti diiktiraf pada hasil yang diterima, iaitu kos bersih terbitan langsung.

                           Pembelian semula instrumen ekuiti bagi Kumpulan dan KPF sendiri adalah diiktiraf
                           dan  ditolak  secara  langsung  dalam  ekuiti.  Tiada  untung  atau  rugi  diiktiraf  dalam
                           untung atau rugi ke atas pembelian, penjualan, pengeluaran atau pembatalan terhadap
                           instrumen ekuiti bagi Kumpulan dan KPF sendiri.

                           Liabiliti kewangan

                           Kumpulan dan KPF tiada sebarang liabiliti kewangan bukan derivatif yang ditetapkan
                           pada  nilai  saksama  melalui  untung  atau  rugi.  Liabiliti  kewangan  pada kos  terlunas
                           termasuk pinjaman, pemiutang perdagangan dan lain-lain pemiutang.

                           Penyahiktirafan liabiliti kewangan

                           Kumpulan  dan  KPF  menyahiktiraf  liabiliti  kewangan  apabila,  dan  hanya  apabila,
                           obligasi Kumpulan dan KPF telah dilepaskan, dibatalkan, atau telah tamat. Perbezaan
                           antara  amaun  dibawa  bagi  liabiliti  kewangan  yang  dinyahiktiraf  dan  pertimbangan
                           yang dibayar atau belum bayar adalah diiktiraf di dalam untung atau rugi.

                           Rizab pelaburan

                           Rizab  nilai  saksama  merangkumi  perubahan  bersih  dalam  nilai  saksama  aset
                           kewangan  sedia  untuk  dijual/aset  kewangan  sehingga  pelaburan tidak  diiktiraf  atau
                           terjejas.

                           Penyata aliran tunai

                           Kumpulan dan KPF mengamalkan kaedah tidak langsung dalam penyediaan penyata
                           aliran tunai.

                           Tunai  merangkumi  baki  bank  dan  wang  tunai.  Persamaan  tunai  setara  termasuk
                           pelaburan jangka pendek dan mempunyai kecairan yang tinggi, serta sedia ditukarkan
                           kepada tunai dengan tiada perubahan nilai yang ketara ditolak dengan overdraf bank.




                                                             58
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69