Orang Awam
Petugas
Keanggotaan

Keanggotaan

Pada tahun 2017 mencatatkan pertambahan anggota baru seramai 37 orang manakala seramai 107 orang terhenti menjadi anggota. Jumlah anggota sehingga 31 Jan 2017 ialah 264,103 orang.

Kumpulan Peneroka mencatatkan taburan terbesar iaitu seramai 233,635 anggota atau 88.46% manakala Kumpulan Kakitangan iaitu seramai 30,468 anggota atau 11.54% daripada keseluruhan jumlah anggota KPF.

TABURAN ANGGOTA
Taburan Anggota

Jumlah modal syer anggota berjumlah RM2,492.13 juta iaitu berkurang sebanyak RM12.48 juta atau 0.5% berbanding jumlah tahun lepas (2016:RM2,504.61 juta). Sebanyak RM 1,853.77 juta disumbangkan oleh Kumpulan Peneroka dan selebihnya RM1,847.16 juta oleh Kumpulan Kakitangan.

TABURAN MODAL SYER ANGGOTA
Taburan Anggota


Kelayakan Menjadi Anggota
  • Menurut Undang-undang Kecil perenggan 11 fasal (1) Keanggotaan Koperasi terbuka kepada-
    1. peneroka-peneroka FELDA, isteri dan anak-anak;
    2. koperasi-koperasi peneroka FELDA yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah;
    3. kakitangan FELDA, isteri dan anak-anak; dan
    4. koperasi kakitangan FELDA yang berdaftar di bawah Akta.
  • Perenggan 11 fasal 2 pula merujuk kepada seseorang individu di bawah perenggan (a) dan (c) fasal (1) yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah-
    1. warganegara Malaysia;
    2. telah mencapai umur lapan belas tahun;
    3. bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    4. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Permohonan Menjadi Anggota
  • Permohonan menjadi anggota hendaklah di buat dalam borang rasmi Koperasi
  • Permohonan menjadi anggota oleh sesuatu Koperasi asas atau Koperasi menengah hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi, setiausaha dan seorang anggota Lembaga yang diberi kuasa.

Fi Masuk

  • Fi masuk bagi permohonan individu adalah sebanyak RM20.00
  • Fi masuk bagi permohonan Koperasi adalah sebanyak RM50.00