Orang Awam
Pengumuman

Pengumuman

Dato' Amir

Dato’ Amir Hamdan Yusof menjadi anggota KPF pada 23 Jun 2014. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Malay Anthropology dan Pengajian Islam di Universiti Malaya. Beliau mula berkhidmat dengan FELDA sebagai Pegawai Pemilihan dan Penempatan Peneroka pada tahun 1986 dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Besar (Perladangan & Pembangunan Peneroka) pada tahun 2020. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi KPF pada 12 Ogos 2020 bagi sesi 2020/2021.


Sulong Jamil TARIKH MENJADI ANGGOTA
20 Disember 2002

PELANTIKAN SEBAGAI LEMBAGA
Mulai sesi 2019/2020 (23 Jun 2019 – kini)

PEKERJAAN
Ketua Peneroka Kebangsaan

PENDIDIKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

PENGALAMAN

  • Ahli Lembaga Pengarah FELDA
  • Pegawai Khas ADUN Slim
  • Norfazlin

    Puan Norfazlin Dato’ Idris menjadi anggota KPF pada 29 Julai 2003. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Malaya disamping memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya. Beliau mula berkhidmat dengan FELDA sebagai Akuantan Divisyen Akaun Dan Analisis, Jabatan Kewangan pada tahun 2003. Sehingga kini, beliau masih berkhidmat di FELDA sebagai Pengawal Kewangan, Jabatan Kewangan. Beliau dilantik sebagai Bendahari KPF pada 23 Jun 2019 bagi sesi 2019/2020.


    Norzuki Mustafa

    Encik Norzuki Mustafa menjadi anggota KPF pada 20 Disember 2002. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Teknologi Malaysia disamping memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kependudukan daripada Universiti Malaya. Beliau mula berkhidmat dengan FELDA pada tahun 1985. Sehingga kini, beliau masih berkhidmat di FELDA sebagai Ketua Unit Pengurusan Risiko. Beliau dilantik sebagai Setiausaha KPF pada 23 Jun 2019 bagi sesi 2019/2020.


    Makluman Gangguan Telefon

    Talian Dividen KPF 03 2692 5995 dan 03 2694 2108 mengalami gangguan teknikal. Pihak Telekom Malaysia (TM) akan membaik pulih dalam masa terdekat..

    Anggota-anggota KPF yang mempunyai kemusykilan masih boleh berurusan di talian 03 2694 2095, talian WhatsApp 019 266 6348 dan email kpfadmin@felda.net.my atau layari laman web kpf.my

    Segala masalah yang berkaitan dengan telefon tidak berjawab, kami di KPF menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
    Sekian

    Encik Haniff

    Encik Haniff Ahmad Norilah berkelulusan Master of Business Administration (Executive) daripada Universiti RMIT, Melbourne, Australia dan memiliki Bachelor of Accountancy (Hons) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Beliau pernah berkhidmat di Rashid Hussain Berhad pada tahun 1990 dan Perwira Habib Bank pada tahun (1991). Beliau dilantik menjadi Penolong Pengarah Kewangan pada tahun 2002, Pengawal Kewangan pada tahun 2003, Timbalan Pengarah Kewangan pada tahun 2007 dan Pengarah Kewangan pada tahun 2008. Pada tahun 2012, beliau ditempatkan di Jabatan Gedung Makanan Negara (GMN) dan menjadi Pengarah di Pejabat Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) pada tahun 2016. Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) mulai 1 November 2017.