Page 185 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 185

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                    oleh Akta Koperasi 1993)


                                 Dasar-dasar  perakaunan  baru  untuk  kemerosotan  di  bawah  MFRS  9
                                 dinyatakan dalam Nota 3.

                                 (i)    Penghutang perdagangan

                                        Bagi  semua  penghutang  perdagangan  yang  tidak  mengandungi
                                        komponen pembiayaan yang ketara, Kumpulan dan KPF menggunakan
                                        pendekatan MFRS 9 yang mudah untuk mengukur elaun kerugian pada
                                        jumlah yang sama dengan jangka kerugian kredit seumur hidup pada
                                        pengiktirafan  awal  dan  sepanjang  hayatnya.  Tiada  elaun  kerugian
                                        tambahan  diiktiraf  atas  penghutang  perdagangan  ini  selepas
                                        permohonan     MFRS     9   selepas   pihak    pengurusan   telah
                                        mempertimbangkan  tempoh  yang  melebihi  terma  kredit  ,  peristiwa
                                        kerugian  dan  prospek  masa  depan  industri  di  mana  penghutang
                                        dagangan beroperasi.

                                 (ii)     Pembiayaan, lain-lain penghutang dan deposit

                                        Pembiayaan, penghutang lain dan deposit diklasifikasikan sebagai kos
                                        dilunaskan dalam penyata kewangan Kumpulan dan KPF kerana model
                                        perniagaan  Kumpulan  dan  KPF  adalah  untuk  memegang  dan
                                        mengumpul  aliran  tunai  kontrual  dan  aliran  tunai  tersebut  mewakili
                                        pembayaran  semata  mata  prinsipal  dan  faedah.  Kumpulan  dan  KPF
                                        menggunakan  pendekatan  3  peringkat  umum  apabila  menentukan
                                        jangka kerugian kredit untuk penghutang lain.

                                        Pihak  pengurusan  menyimpulkan  bahawa  tiada  elaun  kerugian
                                        tambahan diiktiraf atas penghutang lain ini setelah permohonan MFRS
                                        9  setelah  mempertimbangkan  tempoh  yang  melebihi  terma  kredit,
                                        peristiwa  kerugian  dan  prospek  masa  depan  industri  di  mana  ia
                                        diterima beroperasi.

                                 (iii)      Hutang daripada syarikat-syarikat subsidiari, pihak berkaitan, FELDA,
                                        syarikat-syarikat bersekutu dan entiti usahasama

                                        Amaun  terhutang  oleh  syarikat-syarikat  subsisdiari,  pihak  berkaitan,
                                        FELDA, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti usahasama,  yang perlu
                                        dibayar  atas  permintaan  dan  ganjaran  bukan  keuntungan  dikelaskan
                                        sebagai  kos  dilunaskan  dalam  penyata  kewangan  berasingan
                                        Kumpulan  dan  KPF  kerana  model  perniagaan  KPF  adalah  untuk
                                        memegang  dan  mengumpul  aliran  tunai  kontrual  dan  aliran  tunai
                                        tersebut  mewakili  pembayaran  semata-mata  untuk  prinsipal  dan
                                        faedah.  KPF  menggunakan  pendekatan  3  peringkat  umum  apabila
                                        menentukan jangka kerugian kredit untuk jumlah ini disebabkan oleh
                                        pihak berkaitan.


                                                             162
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190