Page 181 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 181

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                    oleh Akta Koperasi 1993)



                    50.       PENGUATKUASAAN MFRS 9, MFRS 15 DAN MFRS 141

                           Penguatkuasaan MFRS 15

                           Dengan  penguatkuasaan  MFRS  15,  pendapatan  diiktiraf  dengan  merujuk  kepada
                           setiap  obligasi  prestasi  yang  berbeza  dalam  kontrak  dengan  pelanggan.  Harga  urus
                           niaga  diperuntukkan  kepada  setiap  obligasi  prestasi  berdasarkan  harga  jualan  yang
                           relatif mandiri bagi setiap barang atau perkhidmatan yang dijanjikan dalam kontrak.
                           Bergantung kepada substansi kontrak, pendapatan diiktiraf apabila kewajipan prestasi
                           dipenuhi, yang mungkin pada suatu masa atau dari masa ke masa.

                           Kumpulan dan KPF mengadaptasi MFRS 15 mulai 1 Januari 2018 yang menyebabkan
                           penukaran  polisi  perakaunan  dan  pelarasan  ke  atas  penyata  kewangan.  Berikutan
                           peruntukan  transisi  MFRS  15,  Kumpulan  dan  KPF  mengadaptasi  pengubahsuaian
                           retrospektif  dan  telah  melaraskan  semula  baki  pada  1  Januari  2018.  Tiada  kesan
                           kewangan ketara kepada penyata kedudukan kewangan dan penyata keuntungan atau
                           kerugian  dan  lain-lain  pendapatan  komprehensif  Kumpulan  dan  KPF  yang  timbul
                           daripada penggunaan MFRS 15 kecuali seperti yang tertera dibawah:

                                                                MFRS 118                      MFRS 15
                                                                Baki pada                    Baki pada
                                                                31.12.2017     Pelarasan      1.1.2018
                                                                 RM’000         RM’000        RM’000
                           Kumpulan
                           Aset biologi - ternakan                   2,508       (2,508)              -
                           Pemiutang perdagangan                    84,795        2,179         86,974
                           Keuntungan terkumpul                  1,198,499         329       1,198,828

                           Penguatkuasaan MFRS 9

                           Dasar-dasar perakaunan telah diubah untuk menggambarkan penggunaa MFRS 9 dari
                           permulaan  tempoh  pelaporan  MFRS  yang  pertama.  MFRS  9  menggantikan
                           peruntukan  MFRS  139  yang  berkaitan  dengan  pengiktirafan,  pengelasan  dan
                           pengukuran  aset  kewangan  dan  liabiliti  kewangan;  penyahiktirafan  instrumen
                           kewangan;  penjejasan  nilai  aset  kewangan  dan  perakaunan  lindung  nilai.  MFRS  9
                           juga  meminda  piawaian  lain  yang  berurusan  dengan  instrumen  kewangan  seperti
                           MFRS  7  'Instrumen  Kewangan:  Pendedahan'.  Kesan  terkumpul  perubahan  diiktiraf
                           dalam penyata kedudukan kewangan pada permulaan tempoh pelaporan MFRS yang
                           pertama, iaitu pada 1 Januari 2018.










                                                             158
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186