Page 182 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 182

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                    oleh Akta Koperasi 1993)


                           Jenis penyesuaian yang dibuat kepada penyata kedudukan kewangan Kumpulan dan
                           KPF pada 1 Januari 2018 berkenaan dengan item dalam skop MFRS 9 adalah seperti
                           berikut:

                           (a)    Pengkelasan dan pengukuran aset kewangan

                                 Sehingga  31  Disember  2017,  aset  kewangan  diklasifikasikan  dalam  kategori
                                 berikut: aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian
                                 (“FVTPL”),  pinjaman  dan  penghutang  (“L&R”),  dan  aset  kewangan  sedia
                                 dijual  (“AFS”).  Nota  48  menetapkan  butir-butir  dasar  perakaunan  untuk
                                 klasifikasi dan pengukuran instrumen kewangan di bawah MFRS 139.

                                 Dari  1  Januari  2018,  Kumpulan  dan  KPF  mengguna  pakai  pendekatan
                                 klasifikasi MFRS 9 yang berikut untuk semua jenis aset kewangan:

                                 •      Pelaburan  dalam  instrumen  hutang:  Terdapat  3  kategori  pengukuran
                                        seperti berikut: kos terlunas (“AC”), nilai saksama dengan perubahan
                                        yang diiktiraf melalui pendapatan komprehensif (“FVTOCI”) atau nilai
                                        saksama melalui keuntungan atau kerugian (“FVTPL”).

                                 •      Pelaburan dalam instrumen ekuiti: Instrumen ini sentiasa diukur pada
                                        nilai  saksama  dengan  perubahan  nilai  saksama  yang  dibentangkan
                                        dalam  untung  atau  rugi  melainkan  jika  Kumpulan  dan  KPF  telah
                                        membuat  pilihan  yang  tidak  boleh  dibatalkan  untuk  membentangkan
                                        perubahan  dalam  nilai  saksama  dalam  pendapatan  komprehensif  lain
                                        untuk pelaburan yang tidak dipegang untuk dagangan.

                                 •      Dasar  perakaunan  baru  untuk  klasifikasi  dan  pengukuran  instrumen
                                        kewangan di bawah MFRS 9 dinyatakan dalam Nota 3.




























                                                             159
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187