Page 1 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 1

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                    LAPORAN LEMBAGA

                    Kami  bagi  pihak  Anggota  Lembaga  dengan  sukacitanya  membentangkan  laporan  tahunan
                    dan  penyata  kewangan  Kumpulan  dan  Koperasi  (“KPF”)  yang  telah  diaudit  bagi  tahun
                    berakhir 31 Disember 2018.


                    AKTIVITI UTAMA

                    Koperasi  ini  ditubuhkan  dengan  tujuan  menggalakkan  penyimpanan  wang  oleh  anggota-
                    anggota,  mengadakan  kemudahan-kemudahan  pelaburan  bagi  wang-wang  yang  disimpan,
                    meningkatkan  taraf  ekonomi  anggota-anggota  hasil  daripada  kegiatan  simpanan  dan
                    pelaburan  wang  dan  penawaran  kemudahan  pembiayaan  patuh  syariah  untuk  anggota-
                    anggota. Koperasi juga terlibat dengan aktiviti perladangan kelapa sawit.

                    Tidak terdapat apa-apa perubahan ketara dalam aktiviti Kumpulan dan Koperasi dalam tahun
                    kewangan semasa.

                    Aktiviti  utama  syarikat-syarikat  subsidiari  ditunjukkan  dalam  Nota  10  kepada  penyata
                    kewangan.


                    HASIL OPERASI

                                                                          Kumpulan            KPF
                                                                            RM’000           RM’000

                    Keuntungan sebelum cukai dan zakat serta
                      pembahagian berkanun                                     69,912         63,522
                    Belanja cukai                                                  43               -
                    Zakat                                                      (4,359)         (2,900)

                                                                               65,596         60,622
                    Tolak: Pembahagian Berkanun:
                     Pindahan ke Kumpulan Wang Rizab (12%)                     (7,623)         (7,623)
                     Sumbangan kepada Akaun Amanah Kumpulan
                       Wang Pendidikan Koperasi (2%)                           (1,270)         (1,270)
                     Sumbangan kepada Akaun Amanah Kumpulan
                       Wang Pembangunan Koperasi (1%)                            (635)          (635)
                     Peruntukan bayaran Lembaga:
                        Tahun semasa                                             (225)          (225)
                         Pembalikan tahun terdahulu                                50             50

                                                                               (9,703)         (9,703)

                    Keuntungan bagi tahun semasa                               55,893         50,919

                                                              1
   1   2   3   4   5   6