Page 8 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 8

Maklumat selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit

                    Anggota Lembaga KPF adalah bertanggungjawab ke atas maklumat yang lain. Maklumat yang
                    lain terdiri daripada Laporan Lembaga tetapi tidak termasuk penyata kewangan Kumpulan dan
                    KPF dan Laporan Juruaudit Bebas.

                    Pendapat kami ke atas penyata kewangan Kumpulan dan KPF tidak meliputi Laporan Lembaga
                    dan kami tidak menyatakan sebarang bentuk kesimpulan mengenainya.

                    Sehubungan dengan pengauditan kami terhadap penyata kewangan Kumpulan dan KPF, kami
                    bertanggungjawab  untuk  membaca  Laporan  Lembaga  dan  mempertimbangkan  sama  ada
                    Laporan tersebut tidak konsisten secara ketara dengan penyata kewangan Kumpulan dan KPF
                    atau  pengetahuan  kami  yang  diperolehi  semasa  pengauditan  atau  sebaliknya  tersalah  nyata
                    secara ketara.

                    Berdasarkan  kerja  yang  telah  dilakukan,  kami  tidak  mempunyai  sebarang  perkara  untuk
                    dilaporkan berkaitan dengan hal ini.

                    Tanggungjawab Anggota Lembaga ke atas Penyata Kewangan

                    Anggota  Lembaga  KPF  adalah  bertanggungjawab  ke atas penyediaan penyata  kewangan  ini
                    bagi  membolehkan  ianya  memberikan  gambaran  yang  benar  dan  saksama  menurut  Akta
                    Koperasi  1993  dan  Piawaian  Pelaporan  Kewangan  Malaysia  dan  Piawaian  Pelaporan
                    Kewangan  Antarabangsa  yang  diubahsuai  menurut  Garis  Panduan  Penyeragaman  Bentuk
                    Penyata  Kewangan  yang  dikeluarkan  oleh  Suruhanjaya  Koperasi  Malaysia  di  bawah  Akta
                    Koperasi  1993  di  Malaysia.  Anggota  Lembaga  juga  bertanggungjawab  terhadap  kawalan
                    dalaman sebagaimana yang ditentukan sebagai perlu untuk membolehkan penyediaan penyata
                    kewangan yang bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan
                    ataupun kesilapan.

                    Di  dalam  proses  penyediaan  penyata  kewangan  Kumpulan  dan  KPF,  Anggota  Lembaga
                    bertanggungjawab untuk menilai keupayaan usaha berterusan Kumpulan dan KPF, membuat
                    pendedahan,  jika  perlu,  perkara-perkara  berkenaan  usaha  berterusan  dan  menggunakan  asas
                    perakaunan  usaha  berterusan  melainkan  Anggota  Lembaga  berniat  untuk  membubarkan
                    Kumpulan  atau  KPF  atau  untuk  menutup  operasi,  atau  tiada  alternatif  realistik  selain  dari
                    berbuat demikian.

                    Tanggungjawab Juruaudit dalam Pengauditan Penyata Kewangan

                    Objektif  kami  adalah  untuk  memperoleh  keyakinan  yang  munasabah  sama  ada  atau  tidak
                    penyata kewangan Kumpulan dan KPF ini, secara keseluruhan, adalah bebas dari salah nyata
                    yang  ketara,  sama  ada  disebabkan  oleh  penipuan  atau  kesalahan,  dan  menyediakan  laporan
                    juruaudit  yang  mengandungi  pendapat  kami.  Keyakinan  yang  munasabah  bererti  keyakinan
                    yang tinggi, tetapi ianya tidak memberi jaminan bahawa pengauditan yang telah dilaksanakan
                    mengikut piawaian ISA akan sentiasa mengesan salah nyata yang ketara yang ada. Salah nyata
                    boleh berlaku disebabkan oleh penipuan dan kesalahan dan dikira ketara jika, secara individu
                    atau secara agregat, ianya memungkinkan untuk mempengaruhi keputusan ekonomi pengguna
                    yang dibuat berdasarkan penyata kewangan ini.

                    (Bersambung)

                                                              8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13