Page 9 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 9

Sebagai sebahagian daripada pengauditan yang telah dilaksanakan mengikut piawaian ISA,
                    kami  mengamalkan  pertimbangan  secara  professional  dan  mengekalkan  keraguan
                    professional di sepanjang tempoh pengauditan. Kami juga:

                    •   Mengenalpasti  dan  menilai  risiko-risiko  salah  nyata  ketara  pada  penyata  kewangan
                        Kumpulan dan KPF, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesalahan, merangka dan
                        melaksanakan  prosedur  audit  sebagai  tindak-balas  terhadap  risiko-risiko  tersebut,  dan
                        mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian sebagai asas pendapat audit
                        kami.  Risiko  untuk tidak mengesan  salah  nyata yang  ketara  akibat  daripada  penipuan
                        adalah  lebih  tinggi  daripada  kesalahan,  sebagaimana  penipuan  mungkin  melibatkan
                        pakatan sulit, pemalsuan, penipuan secara sengaja, perwakilan yang salah atau melebihi
                        kuasa kawalan dalaman.

                    •   Mendapatkan pemahaman terhadap kawalan dalaman yang relevan kepada audit untuk
                        merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan untuk memberi
                        pendapat tentang keberkesanan kawalan dalaman Kumpulan dan KPF.

                    •   Menilai  kesesuaian  polisi  perakaunan  yang  digunakan  dan  kewajaran  anggaran
                        perakaunan dan pendedahan berkaitan yang dibuat oleh Anggota Lembaga.

                    •   Merumus kesesuaian asas perakaunan usaha berterusan yang diguna pakai oleh Anggota
                        Lembaga dan, berdasarkan bukti audit yang diperoleh, sama ada wujud ketidakpastian
                        yang  ketara  yang  berkaitan  dengan  peristiwa  atau  keadaan  yang  memungkinkan
                        keraguan  yang  ketara  tentang  kemampuan  Kumpulan  dan  KPF  sebagai  entiti  usaha
                        berterusan.  Jika  kami  menyimpulkan  bahawa  ketidakpastian  yang  nyata  telah  wujud,
                        kami  perlu merujuk  di dalam laporan juruaudit kepada pendedahan-pendedahan   yang
                        berkaitan  di  dalam  penyata  kewangan  Kumpulan  dan  KPF  atau,  jika  pendedahan-
                        pendedahan    itu  tidak  memadai,  kami  akan  mengubah-suai  pendapat  kami.  Pendapat
                        kami adalah berdasarkan bukti audit yang diperolehi sehingga tarikh laporan juruaudit
                        kami. Walaubagaimanapun, kejadian-kejadian atau keadaan-keadaan yang berlaku pada
                        masa hadapan memungkinkan Kumpulan atau KPF untuk tidak lagi menjadi entiti usaha
                        berterusan.

                    •   Menilai pembentangan secara keseluruhan, struktur dan kandungan penyata kewangan
                        Kumpulan  dan  KPF,  termasuk  pendedahan-pendedahan,  dan  sama  ada  penyata
                        kewangan Kumpulan dan KPF melaporkan asas-asas transaksi-transaksi dan peristiwa-
                        peristiwa agar ianya memberi pembentangan yang saksama.

                    •   Mendapatkan  bukti  audit  yang  mencukupi  mengenai  maklumat  kewangan  aktiviti
                        perniagaan  entiti  atau  dalam  Kumpulan  untuk  menyatakan  pendapat  ke  atas  penyata
                        kewangan Kumpulan. Kami bertanggungjawab bagi arahan, penyeliaan dan pelaksanaan
                        audit Kumpulan. Kami tetap bertanggungjawab sepenuhnya bagi pendapat audit kami.

                    Kami berkomunikasi dengan Anggota Lembaga, diantaranya, skop yang telah dirancang dan
                    tempoh audit dan penemuan audit yang ketara, termasuk sebarang kelemahan ketara dalam
                    kawalan dalaman yang kami temui sepanjang tempoh pengauditan.



                    (Bersambung)

                                                              9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14