Page 2 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 2

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                     oleh Akta Koperasi 1993)


                                                                                  Kumpulan
                                                                                    RM’000
                    Keuntungan berkaitan dengan:
                       Pemegang saham KPF                                             57,375
                       Kepentingan tiada kawalan                                      (1,482)

                    Keuntungan bersih bagi tahun semasa                               55,893

                    Pada pendapat Para Anggota Lembaga, keputusan operasi Koperasi bagi tempoh kewangan
                    semasa adalah tidak terjejas dengan ketara oleh sebarang perkara, urus niaga atau peristiwa
                    yang material dan luar biasa.


                    DIVIDEN

                    Sejak  akhir  tahun  kewangan  yang  lalu,  KPF  telah  membayar  dividen  akhir  berjumlah
                    RM237,400,071 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

                    Anggota  Lembaga  KPF  mencadangkan  dividen  akhir  sebanyak  7%  berjumlah
                    RM163,614,000 untuk dibayar bagi tempoh tahun kewangan semasa. Walaupun dividen ini
                    tertakluk  kepada  kelulusan  daripada  anggota-anggota  Koperasi  pada  Mesyuarat  Agung
                    Tahunan KPF, dividen ini telah diakru sebagai liabiliti dalam penyata kewangan KPF bagi
                    tahun kewangan semasa sepertimana yang ditentukan dalam perenggan 9, Garis Panduan 2:
                    Garis Panduan Permohonan, Pembayaran Dividen oleh Koperasi (Pindaan) 2012.


                    RIZAB DAN PERUNTUKAN

                    Tiada  pindahan  ketara  kepada  atau  daripada  rizab  dan  peruntukan  dalam  tahun  kewangan
                    selain daripada yang dinyatakan di dalam penyata kewangan.


                    CADANGAN BAYARAN LEMBAGA

                    Anggota  Lembaga  mencadangkan  bayaran  Lembaga  sebanyak  RM225,000  bagi  tahun
                    berakhir  31  Disember  2018  tertakluk  kepada  kelulusan  Ketua  Pendaftar  sepertimana  yang
                    ditentukan dalam perenggan 57(5)(c) Akta Koperasi 1993.


                    TERBITAN SAHAM DAN DEBENTUR

                    Sepanjang  tahun  semasa,  KPF  telah  menerbitkan  91,286,108  unit  saham  biasa  bernilai
                    RM1.00  setiap  satu  kepada  individu-individu  dan  koperasi-koperasi  menurut  Undang-
                    Undang Kecil Koperasi.

                    KPF tidak menerbitkan sebarang debentur pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7