Page 90 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 90

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                  (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang
                  digantikan oleh Akta Koperasi 1993)

                       (a)   Muhibah

                             Muhibah  sebanyak  RMTiada  (2017:  RM15,827,769)  merupakan  lebihan  harga
                             belian  dan  nilai  saksama  aset  perladangan  (iaitu  ladang  kelapa  sawit  beserta
                             dengan  kilang  minyak sawit)  yang terletak di Samarahan,  Sarawak  yang  dibeli
                             dalam tahun kewangan 2015.

                              Pada akhir tahun kewangan lepas, KPF telah melakukan ujian penjejasan  nilai
                             terhadap  muhibbah.  Unit  penjanaan  tunai  bagi  muhibbah  tersebut  adalah
                             keseluruhan  operasi  perladangan  kelapa  sawit  tersebut.  Kadar  diskaun  yang
                             digunakan adalah 5.45% (2017: 5.45%) iaitu kadar pinjaman untuk membeli aset
                             tersebut.

                              Amaun boleh pulih bagi unit penjanaan tunai tersebut adalah ditentukan menurut
                             pengiraan aliran tunai terdiskaun menggunakan unjuran aliran tunai berdasarkan
                             bajet yang disediakan oleh pihak pengurusan.

                             Pihak  pengurusan  berpendapat  tiada  kemungkinan  yang  wajar  berlakunya
                             perubahan  kepada  andaian  utama  dalam  unjuran  aliran  tunai  yang  boleh
                             menyebabkan nilai pembawa unit penjanaan tunai tersebut melebihi amaun boleh
                             pulih.


                              Walau bagaimanapun, muhibah ini telah dipindahkan kepada aset bukan semasa
                              dipegang  untuk  jualan  kerana  pada  1  Julai  2018,  pihak  pengurusan  telah
                              memutuskan  untuk  menjual  ladang  kepala  sawit  di  Samarahan  kepada  pihak
                              tertentu yang telah dikenalpasti seperti yang dinyatakan di Nota 26(b).

                       (b)   Hak francais

                             Hak francais merupakan hak untuk kedai Ar Rahn menjalankan operasi termasuk
                             perisian komputer. Jangka hayat hak francais adalah di antara 3-5 tahun.


























                                                           74
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95