Page 175 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 175

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                    oleh Akta Koperasi 1993)


                           (b)   Polisi pengurusan risiko modal

                                 Objektif utama pengurusan modal Kumpulan dan KPF adalah untuk memastikan
                                 bahawa  ia  mengekalkan  penarafan  kredit  dan  nisbah  modal  yang  kukuh  untuk
                                 menyokong perniagaan dan memaksimumkan nilai pegangan saham.

                                 Kumpulan  dan  KPF  menguruskan  struktur  modal  dan  membuat  pelarasan  ke
                                 atasnya  berdasarkan  perubahan  dalam  keadaan  ekonomi.  Bagi  mengekal  atau
                                 melaras  struktur  modal,  Kumpulan  dan  KPF  boleh  melaras  bayaran  dividen
                                 kepada  pemegang  saham,  pulangan  modal  kepada  pemegang  saham  atau
                                 penerbitan saham-saham baru. Tiada perubahan dalam objektif, polisi mahupun
                                 proses sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan 31 Disember
                                 2017.

                                 Kumpulan  dan  KPF  memantau  modal  menggunakan  nisbah  hutang  modal,  di
                                 mana  nisbah  ini  dihitung  dengan  membahagi  jumlah  hutang  daripada  jumlah
                                 ekuiti  yang  boleh  diagihkan.  Jumlah  hutang  Kumpulan  dan  KPF  merangkumi
                                 pinjaman.  Jumlah  ekuiti  yang  boleh  diagihkan  pula  merangkumi  modal  saham
                                 dan rizab.

                                 Analisis nisbah hutang modal Kumpulan dan KPF adalah seperti berikut:

                                                                Kumpulan                      KPF
                                                            2018          2017         2018         2017
                                                           RM’000       RM’000       RM’000    RM’000

                                 Jumlah pinjaman            388,648      451,304      388,648    393,648
                                 Ekuiti yang boleh
                                   diagihkan              3,428,096    3,656,967    2,879,436    3,114,845
                                 Nisbah hutang modal        11.33%        12.34%      13.49%       12.64%




























                                                             152
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180