Page 165 - Microsoft Word - KPFMB 31 Dec 2018 MASTER (FINAL) (002).doc
P. 165

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
                    (Ditubuhkan di Malaysia di bawah Ordinan Koperasi-Koperasi Tahun 1948 yang digantikan
                    oleh Akta Koperasi 1993)


                          (iii)   Ganjaran kepada kakitangan pengurusan utama:

                                                                 Kumpulan                  KPF
                                                              2018        2017       2018        2017
                                                            RM’000    RM’000    RM’000    RM’000

                                 Gaji dan lain-lain
                                   manfaat jangka pendek       3,872       3,567     1,061         973


                    47.    OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

                           (a)   Pengurusan risiko kewangan

                                 Kumpulan dan KPF berdepan risiko pasaran (termasuk risiko matawang asing,
                                 risiko harga dan risiko kadar faedah), risiko  kredit dan risiko  kecairan yang
                                 terhasil  daripada  aktiviti  perniagaannya.  Matlamat  utama  polisi  pengurusan
                                 risiko  adalah  untuk    memastikan  kesan  negatif  daripada  pasaran  kewangan
                                 tidak menentu terhadap prestasi Kumpulan dan KPF dapat diminimumkan.

                                 Kumpulan dan KPF menggunakan instrumen kewangan yang bersesuaian bagi
                                 melindung  nilai  risiko  untuk  mengurangkan  pendedahan  risiko  komersial.
                                 Instrumen kewangan tersebut tidak dipegang  untuk tujuan perdagangan atau
                                 spekulasi.

                                 Para  Anggota  Lembaga  KPF  dan  Lembaga  Pengarah  syarikat-syarikat
                                 subsidiari  bertanggungjawab  sepenuhnya  dalam  mengawal  selia  pengurusan
                                 risiko  kewangan  yang  meliputi  mengenalpasti  risiko,  operasi  atau  strategik,
                                 dan  merancang  tindakan  lanjut  untuk  menguruskan  risiko  ini.  Pihak
                                 pengurusan  bertanggungjawab  untuk  mengenalpasti,  memantau  dan
                                 menguruskan pendedahan risiko-risiko Kumpulan dan KPF.

                                 Risiko Pasaran

                                 (i)    Risiko matawang asing

                                        Risiko  matawang  terhasil  apabila  berlaku  transaksi  dalam  matawang
                                        asing. Pada tahun kewangan semasa, pendedahan Kumpulan dan KPF
                                        terhadap risiko matawang asing adalah minimum dan tidak ketara.

                                 (ii)   Risiko harga

                                        Risiko  harga  pasaran  adalah  risiko  dimana  nilai  saksama  atau  nilai
                                        semasa aliran tunai hadapan bagi instrumen kewangan milik Kumpulan
                                        dan KPF akan berubah-ubah disebabkan oleh perubahan harga pasaran
                                        (selain kadar faedah  atau kadar pertukaran).

                                                             143
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170