Nama Produk : PEMBIAYAAN (Korporat-i)

Pembiayaan korporat-i adalah produk untuk membantu syarikat subsidiari KPF atau syarikat bersekutu KPF membuat modal pusingan atau modal permulaan projek. Ini untuk mengukuhkan lagi kewangan syarikat subsidiari dalam memulakan projek baru atau sebagainya.


1. Apakah produk pembiayaan korporat-i?

Kemudahan tunai kepada Syarikat subsidiari/ bersekutu KPF bagi pembiayaan projek, modal pusingan dan sebagainya

2. Apakah kelebihan produk ini?

Kelebihan produk ini adalah seperti berikut:
  1. Berdasarkan Kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga KPF & SKM
  2. Tiada Riba
  3. Kadar keuntungan yang kompetatif
  4. Tidak caj bayaran lewat

3. Syarikat manakah layak untuk memohon?

Produk ini terbuka kepada:

  1. Syarikat subsidiari KPF
  2. Syarikat bersekutu KPF

4. Bagaimanakan nilai pembiayaan boleh diluluskan?

Jumlah pembiayaan diberikan berdasarkan:

  1. Cadangan nilai projek/perniagaan
  2. Prestasi kewangan syarikat

5. Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang boleh dikenakan kepada syarikat?

Tempoh pembiayaan 1 hingga 10 tahun

6. Bagaimanakah proses permohonan pembiayaan?

Pembiayaan boleh dibuat dengan meyediakan maklumat seperti:

  1. Sijil pertubuhan syarikat (borang 9), dan lain-lain pertukaran nama sekiranya ada
  2. Borang 24, 44 dan 49
  3. Resoulusi Lembaga Pengarah berkenaan permohonan pinjaman
  4. Artikel dan memorandum pertubuhan
  5. Carian SSM terkini (dalam tempoh 3 bulan terdekat)
  6. Laporan pengurusan (3 bulan terakhir)
  7. Senarai pemiutang terkini “aging report” dan pinjaman semasa dengan institusi bank lain
  8. Laporan kewangan tahunan teraudit (3 tahun)
  9. Unjuran kewangan projek
  10. Maklumat-maklumat tambahan lain yang dirasakan perlu untuk menyokong permohonan tuan.

7. Bagaimana jika syarikat gagal membayar ansuran bulanan?

Sekiranya kegagalan bayaran ansuran dibuat, notis peringatan berperingkat akan dikeluarkan seperti berikut:

  1. Notis peringatan Pertama
  2. Notis peringatan Kedua
  3. Notis peringatan Ketiga
  4. Notis Peringatan Akhir

8. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Untuk makluman lanjut, pertanyaan atau maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan kami yang terkini, anda boleh menghubungi Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad, Unit Pembiayaan 03- 2694 2095 atau layari laman web http://www.kpf.my