Datuk Hanapi Suhada Datuk Hanapi Suhada menjadi anggota KPF pada 30 Oktober 1985, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula sebagai Pegawai Tadbir FELDA pada Jun 1981, dan telah menyandang jawatan sebagai Pengarah Besar FELDA mulai 1 April 2015.


Antara jawatan yang pernah disandang ialah Pengurus Besar Wilayah Mempaga (2005), Kuantan (2007), Johor Bahru (2011), Pengarah Jabatan Tanah (2011) dan Timbalan Pengarah Besar (2013) dan pernah dilantik sebagai Lembaga Pengarah MSM Malaysia Holdings Berhad (2015), Lembaga Pengarah EnCorp.Bhd (2015), Lembaga Pengarah Sinergi Perdana Sdn Bhd (2015) dan Lembaga Pengarah Pantech Group Holdings Bhd (2015).


Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan koperasi kerana pernah memegang jawatan Setiausaha dan Pengerusi Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP). Beliau menganggotai Lembaga KPF bermula sebagai Setiausaha sesi 2014/2015 sebelum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP).