Encik Mohd Shahrin Mohd Ali

Encik Mohd Shahrin Mohd Ali menjadi anggota KPF pada 1 Julai 1990, berkelulusan Sarjana Pengurusan Strategik, Universiti Teknologi Malaysia disamping Ijazah Perakaunan dan Kewangan, Universiti New Castle, United Kingdom.

Memulakan kerjaya sebagai Jurukira di FELDA pada Jun 1986, pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Felda Plantations Sdn. Bhd. (2008) dan di Felda Global Ventures Plantations Malaysia Sdn. Bhd. (2011) sebelum dilantik sebagai Pengarah Kewangan FELDA sehingga kini.

Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan disamping menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Felda Kernel Products Sdn Bhd, Plastic Centre Sdn Bhd dan Pos Ad Sdn. Bhd. Beliau menganggotai Lembaga KPF sebagai Bendahari mulai sesi 2013/2014.