Puan Rahayu

Puan Rahayu Mahat@Taib menjadi anggota KPF pada 22 Januari 2008. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab daripada Islamic School and Kaherah Language. Beliau juga memiliki Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia. Beliau dilantik menganggotai Lembaga KPF pada sesi 2017/2018.