Anuar Malek

Encik Anuar Malek menjadi anggota KPF pada 1 Julai 1990. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia. Mula berkhidmat dengan FELDA sebagai Pegawai Tadbir pada tahun 1982, pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Pembangunan Komuniti (2013) sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Besar(Pembangunan Komuniti) FELDA (2015). Beliau dilantik sebagai Setiausaha KPF mulai sesi 2015/2016.