Puan Saodah Sudi

Puan Saodah Sudi (penerokawati Felda Air Tawar 5) menjadi anggota KPF pada 26 Jun 1985. Beliau memiliki kelulusan Diploma Pendidikan daripada Universiti Nanyang, Singapura (1972) dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling daripada Universiti Teknologi Malaysia (1999).

Pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi GPW Felda Air Tawar 5, Pengerusi Gabungan GPW Felda Wilayah Johor Bahru serta menduduki Lembaga Pengarah beberapa buah Syarikat Kumpulan FELDA.Beliau menganggotai Lembaga KPF sejak sesi 1998/1999.