Dato' Zainal Hassan

Dato’ Zainal Hassan (peneroka Felda Sungai Nerek) menjadi anggota KPF pada 1 Julai 1980. Beliau adalah mantan ADUN Jengka dan mantan Exco Perumahan Negeri Pahang. Pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi JKKR Felda Sg. Nerek dan Pengerusi Gabung JKKR Wilayah Jengka.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan koperasi dan diantara pengasas penubuhan KPF pada Julai 1980. Pernah menyandang pelbagai jawatan dalam koperasi seperti Pengerusi Koperasi Felda Kg. Awah dan Koperasi Gabungan Negeri Pahang disamping dilantik sebagai Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Serbausaha Makmur Pahang (KOSMA). Beliau juga pernah menduduki sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang dan pernah menganggotai Lembaga Pengarah beberapa buah syarikat utama seperti Felda Holdings Bhd, Felda Engineering Sdn Bhd dan Teo Seng Capital Bhd. Beliau menganggotai Lembaga KPF mulai 1 Julai 1980.